Aku hanya Insan biasa..

My photo
aku hanya insan biasa...tiada yg lebih tapi banyak yg kurangnya..menulis itu jiwaku.. aku menulis Dari hati ke hati..aku suka menyelami hati..mencari kekuatan dalam kelemahan..aku belajar memahami dgn setiap KETENTUAN ILAHI..dan setelahku temui dan ku sematkan dihati.."Bila kita tak bahagia skg tidak bermakna kita takkan RASA KEBAHAGIAAN ITU SAMPAI BILA2.. Sabar dgn dugaan, Tabah dgn penderitaan, Ikhlas dalam setiap perubahan, InsyaALLAH,"SAKIT" TU HILANG YG TINGGAL ADALAH HARI2 MENDATANG YG ALLAH SEDIAKAN DGN SEJUTA KELEBIHAN DARI DERITA YG PERNAH KITA TANGISKAN.

Saturday, March 31, 2012

Aku tetap sayangkan kamu...

Kamu adalah yg terindah...
yg memberi aku bahagia.
yg sentiasa memberi kata2 semangat buat aku..
yg melembutkan HATIKU  YG SEKERAS BATU...
yg berjaya mencuri hatiku...
yg membuat aku rasa dilindungi selalu..
tapi kamu juga akhirnya yg MEMBUAT LUKA DIHATIKU.....
namun aku tetap sayangkan kamu...

~babylove~

Dalam waktu itu...

Dalam sepi ku cuba berbicara...
walau ku tahu hanya suara hati mampu mengungkapnya...
Dalam gelap aku mencari...
walau ku tahu pencarian itu hanya sia2
dan sudah puas aku berlari..
utk menjauhkan diri..
namun bayangmu sudah melekat dijiwaku ini..
sentiasa ada dan tk pernah lekang
biarpun sudah lama KITA TERPISAH~

Aku sedang belajar melupakanmu...

Aku sedang belajar melupakanmu...
kerna itu pinta mu dan
tolong jangan hadir lagi..
aku takut nanti aku tak mampu
MELUPAKANMU...
kau adalah ANUGERAH TERINDAH...
yg harus ku lupakan...
dan jangan biarkan aku TERSEKSA dgn kehadiranmu lagi...
cukuplah aku menanggung KESAKITAN SELAMA INI..
SEDANGKAN SELAMA INI SETIAP SAAT AKU MENITISKAN AIR MATA...setiap kali aku belajar melepaskan dirimu utk selama2nya..
apalagi bila kau muncul lagi..
membuat airmata ini tidak mahu berhenti...
~babylove~

Kau tahu....

Kau tahu sebesar mana sayangku....
dari itu jangan hadir lagi...
kerna setiap kali kau hadir makin bertambah kasihku...
bukankah aku sudah kau buang dari hati...
utk apa kau datang menambah kasih dihati ini lagi sedangkan dihatimu sudah tiada lagi nama ku...
Jangan menambahkan rindu dihati
bila kau sendiri sudah LUPA SEGALA kata2 dari hati....

~babylove~

Untuk apa lagi....

Utk apa kau menjenguk lagi?
bukankah aku ini BEBAN DALAM HATIMU?
bukankah kau kini sudah bahagia...
utk apa lagi menyakitkan hati ini...
sudah cukup hatiku kau guris..
janganlah kau tambahkan lagi...
kau tahu aku tidak bisa membencimu
tapi janganlah berulang2 menyakiti aku...
Aku masih ada harga diri...
walaupun berkali2 kau sakitkan hati ini...
tidak pernah ku menanam DENDAM DIHATI~

~babylove~

Makna pura2nya aku....

Aku berpura2 gembira kerana
itu yg kamu mahu...
Aku berpura2 lupa padamu kerana
kau kata tiada rasa itu...
Aku berpura2 membencimu agar kau benci padaku...
semuanya kerana MASIH ADA CINTA BUAT KAMU....
dan hanya ALLAH  YG  TAHU...
APA  MAKNANYA  PURA2NYA  AKU....

~babylove~

Bila dia sudah lupa namamu...

Bila mana dia sudah tidak sayang kepadamu...
Bila mana dia sudah lupa nama mu...
usah dirayu...
lepaskanlah dia seandainya dia rasa kamu membebankan hatinya...
cinta itu indah..
dan jgn biarkan sesiapa merasa cinta itu MENGGANGGU..
tabahkan hatimu ...teruskan HIDUPMU...dan senyumlah selalu.
USAH DIKENANG PADA DIA YG RASA KAMU MENGGANGGU  HATINYA...
~babylove~

Friday, March 30, 2012

Semalam itu AKU YG DULU...

Semalam itu AKU YG DULU...
yg tidak tahu aku sebenarnya dalam keliru...
Semalam itu AKU YG DULU..
yg tidak tahu apa sebenarnya rasa itu...
Semalam itu AKU YG DULU...
terlalu percaya padanya yg begitu MAHIR MEMPERMAINKAN HATIKU...
Semalam itu AKU YG DULU..
terlalu lurus dalam menyelami hati manusia..
Semalam itu AKU YG DULU..
yg sering diam bila dia REMUKkan hatiku..
hanya menangis semahunya..hanya itu yg aku mampu...
tapi itu semua SEMALAM ITU....AKU YG DULU...
kini aku tidak mahu seperti itu...
AKU INGIN MENJADI AKU YG HARI INI...
tanpa menjadi AKU YG DULU LAGI..
aku ingin menjadi kuat dalam lemahnya AKU YG DULU...
~babylove~

Setelah hati ini kau miliki...

Setelah kau curi hati ini...
begitu mudah kau melukai..
tiada rasa berbelah bagi..
dengan mudah kau melupakan segala yg pernah kau ucap..
setelah hati ini kau miliki..
kau campakkan begitu sahaja..
dgn keikhlasan ku terima segala TOHMAHAN..
terima kasih diatas CINTA SEMENTARA MU...
dan terima kasih membuat aku sedar
agar jangan mudah mempercayai segala kata2 manis insan sepertimu.

~babylove~

Thursday, March 29, 2012

Hadiah dari ILAHI...

Sejauh mana kita berlari...
sesukar mana kita menyembunyikan diri,
dugaan itu tetap ada,
selagi kita bernama manusia,
selagi kita bernyawa,
utk apa kita BERLARI dari itu semua..
hadapilah dgn KETENANGAN DAN KESYUKURAN
semua itu
"ANUGERAH DARI ILAHI,MENGAJAR KITA BERMAIN DGN KESUKARAN DAN ANGGAP ITU KUNCI MENCARI KEBAHAGIAAN"

~babylove~

Sudah terlambat...

Kadangkala kita baru sedar kita mencintai seseorang dgn begitu mendalam
ketika dia sudah pergi dari hidup kita,
ketika dia disisi, kita tidak menghargainya
tapi bila dia sudah membawa hati
barulah kita menangisi
tapi sayang semuanya sudah terlambat...
apatah lagi jika hatinya telah TERSAKITI oleh kita.

~babylove~

Hanya kamu...

Siapa pun dia,
dia adalah kenangan...
dan kamu,
kamu adalah MASA DEPANKU..
beri peluang utk hati ini
mencipta RUANG KHAS utk kamu
dalam hati ini~

~babylove~

Bukan utk dikenang...

Katamu jadikanlah cinta kita sebagai KENANGAN,
tapi maafkan aku..
aku tidak mahu mengenang "SESUATU YG BUKAN MILIKKU"

~babylove~

aku tidak pasti...

Terima kasih kerana sabar dengan aku...
dan terima kasih juga kerana bertahan dgn kerenahku
kau tahu  hatiku pernah terluka dahulu...
kerana itu aku takut utk MEMBINA CINTA YG BARU,
namun kau tetap berdegil utk MENANTI AKU MEMBUKA GERBANG HATI KU UTKMU
dan tak dapat ku pastikan BILAKAH WAKTU ITU~
~babylove~

Wednesday, March 28, 2012

Jawapannya pd kamu..

Seandainya kamu bertanya padaku mengapa aku menjauhkan diri...hingga tidak mahu mengenangnya lagi walaupun dalam mimpi..jawapannya mudah sahaja...
ADA PADA BICARAMU YG LALU...
RASA TERHINA ITU ADA KERANA ITU AKU MEMBAWA HATI DAN MENINGGALKAN SEGALANYA TTG KAMU...dan aku tahu mmg itu yg kamu mahu~

~babylove~

Antara Pedang dan kata2....

Seseorang yg pernah kita sayang...
tetap dalam ingatan..
biarpun namanya tidak kita sebut lagi
tapi kenangan itu masih ada disanubari..
hanya kerana KATA2 YG MENGGURIS HATI
sampai bila2 kita tidak dapat melupakannya
walaupun sudah lama kita maafkan dia
cuma rasa utk hidup bersama dia SUDAH TIADA LAGI~
dari itu jagalah BICARA AGAR TIADA YG TERLUKA HATINYA.
kata2 yg KASAR DAN HINA,
"ketajamannya tiga kali ganda dari tikaman sebilah pedang"
~babylove~

Lepaskan amarah...

Memang kadang kala rasa sakit hati bila HATI DIPERMAINKAN...
Memang rasa sakit hati itu membebankan fikiran..
apalagi tidak dapat melupakan..
bukan tidak dapat melupakan kisah indah bersama dia
tapi tidak dapat melupakan APA YG DIA LAKUKAN TERHADAP HATI KITA..
tapi cuba kita berfikir...
mengapa kita diuji sebegini?semuanya kehendak TUHAN
kita diajar utk MENCARI KEKUATAN
bukan menyuruh kita menyalahkan QADA dan QADAR  TUHAN.
kalau diturutkan AMARAH DIHATI..
bukankah hanya merugikan diri...
BELAILAH HATI DGN KEREDHAAN
BUKAN  DGN  SENTIASA  RASA "SAKITNYA HATI" YG  BERPANJANGAN~
~babylove~

Hanya ini yg ku mahu....

Aku tidak mahu berjanji,
cukuplah kita saling memahami,
saling menghormati,
dengan CINTA YG DIBERI ILAHI,
sama2lah kita hadapi hidup ini,
jangan "tayangkan"aku dgn emas,wang berjuta
tapi dedahkanlah aku dgn agama dan nasihat berguna,
hari "itu"akan tiba,
DAN aku berharap jangan ada DUSTA diantara kita
sebagaimana diaku yg dulu..
dan tolong jangan berikan aku TANGISAN MENYAYAT HATI
kerna aku tidak mahu MERASAINYA lagi..
moga kita dpt membina MAHLIGAI yg bertiangkan KEJUJURAN DALAM KESETIAAN..
biarpun MAHLIGAI itu bukan ribuan harganya
bagi diriku KEJUJURAN DALAM KESETIAAN..
harganya lebih tinggi NILAINYA dari segala HARGA YG ADA.
~babylove~

Tuesday, March 27, 2012

Rasa yg sama...

"kita cuba utk melupakan disaat kita sayang...
dan kita cuba menerima cinta yg baru disaat terluka..
dua pekara berbeza tapi punya SATU RASA YG SAMA ~"

~babylove~

Tanya sama hati...

Andai seseorang yg kamu sayang telah berpaling arah...
usah diungkit kasih sayang yg kita beri..
lepaskan dia pergi..
lihatlah sejauh mana dia bebas berlari...
andai anda masih mencintainya
terimalah dia bila dia sudah jumpa jalan pulang tapi
seandainya hati anda sudah tertutup buat dia..
maafkan dia dan lepaskan dia sekali lagi dan katakan padanya...
"berikan aku masa utk ku rawat hati yg kau lukai,andai ada jodoh kita..pasti kita akan bersama jua akhirnya"
mungkin ada yg kata mudah maaf  tp sukar melupakan
tapi tanya sama hati anda...mana satu pilihan anda..
~babylove~

Bina hidup baru..

Sebenarnya semakin kita cuba  utk melupakan ..
semakin kuat dalam ingatan..
semakin kita berniat utk melepaskan..
semakin kuat utk kita tidak mahu melepaskan..
dari itu jangan bersedih,
jangan duduk dalam keliru itu,
bisikan pada setiap sujud kalian pada yg ESA..
mohon padaNYA agar diberikan KEKUATAN DALAM BELAJAR MELUPAKAN
walau bertahun berusaha
tetaplah berusaha..JANGAN PUTUS ASA..
PASTI TERJAWAP WALAUPUN TERLAMBAT
~babylove~

Monday, March 26, 2012

Belajar segala erti..

Aku belajar erti cinta bila kau ceritakan ttg luka dihatimu...
aku belajar rindu "ketika kehilangan mu"
aku belajar menerima KETENTUAN ITU
bila ku kenal siapa dirimu yg sebenarnya~

~babylove~

Seandainya ada Jodoh kita...

Kamu tahu..
aku juga menyayangimu tapi aku takut meluahkannya.
kerana itu aku hanya berserah pada YG ESA.
ku panjatkan doa agar KITA BISA MENJADI YG HALAL.
semoga tiba waktu nanti
dapat ku tahu kau juga sepertiku..
... kita mencintai dalam DIAM
NAMUN SEBAGAI HAMBANYA,aku tak mampu melawan
takdir seandainya KAU BUKAN JODOHKU.

~babylove~

Tetap menerima..

Aku masih mencari..
walaupun dalam gelap.
Aku masih melihat..
biarpun aku dikata BUTA
dan aku tetap mendengar
walaupun aku PEKAK
... kerana aku masih punya RASA..
yg berakar dihati.
Segala yg ku hadapi
segala yg ku pertahankan
telah ku pelajari
dalam kekalutan,aku tetap saja menerima segalanya
tanpa DENDAM DIHATI cuma kini aku tidak mahu
mengingatinya lagi..

~babylove~

cinta dalam diam..

Kamu tahu..
aku juga menyayangimu tapi aku takut meluahkannya.
kerana itu aku hanya berserah pada YG ESA.
ku panjatkan doa agar KITA BISA MENJADI YG HALAL.
semoga tiba waktu nanti
dapat ku tahu kau juga sepertiku..
... kita mencintai dalam DIAM
NAMUN SEBAGAI HAMBANYA,aku tak mampu melawan
takdir seandainya KAU BUKAN JODOHKU.

~babylove~

Pelajaran..yg ku belajar

Aku belajar erti cinta bila kau ceritakan ttg luka dihatimu...
aku belajar rindu "ketika kehilangan mu"
aku belajar menerima KETENTUAN ITU
bila ku kenal siapa dirimu yg sebenarnya~

~babylove~

Sunday, March 25, 2012

Jangan biarkan aku keliru...

Runtuh hati kerna dilupai..
kasih yg diberi tidak kau hargai..
mengapa luka ini sakit sekali
sedangkan kau INSAN yg paling ku sayangi..
dalam waktu yg sama
kau juga membuat luka dihati..
tapi hati ini masih berdegil..
masih cinta dan masih setia.
MUNGKINKAH  KERANA KAU  YG BEGITU  KUAT PEGANGAN AGAMA?
dan aku yg mudah tersentuh hati
curiga sentiasa
tak dapat memahami
keadaanmu atau sememangnya
sudah ada yg lain dihatimu?
jangan biarkan aku keliru...


~babylove~

Dulu..


dulu...
mmg aku tak suka dia...
malah aku benci dia..
kerana dia suka bergurau tak tentu waktu..
dulu..
aku tak izinkan sesiapa curi hatiku...
kerna aku takut rasa sakitnya kecewa..
dulu...
dia nak cuit hati,
aku tak bagi..
sbb terus terang aku kata
aku tak sudi...
dulu...
aku juga baru tahu
rupanya dalam nakalnya dia
hati dia pernah terluka..
kerana itu dari simpati aku terus jatuh hati...
dulu..
dari benci aku sayangkan dia sepenuh hati..
dia pandai jaga hati..
dan dia juga membina ISTANA didalam hati ini...
dan penghuninya
HANYA AKU DAN DIA...
dan katanya aku adalah PERMAISURI DAN DIA ADALAH RAJA
dan katanya lagi..takkan dia benarkan aku merasa DUKA selagi dia ada.
hebatkan?
Itulah kuasa tuhan...
memberi aku cinta diwaktu aku memerlukan...

~babylove~

Manis dalam Pahit...

Kata Arwah Ibu..

"Jangan MENCARI CINTA..
CINTA AKAN HADIR DGN SENDIRINYA..
tapi seandainya CINTA ITU HADIR,
jangan SESEKALI  KAMU  PERSIAKANNYA
... hadapi dgn tenang walau dgn SERIBU RINTANGAN..
yakinlah cinta itu dikirim TUHAN
bagi menguji hambaNYA..kerana itu rasanya MANIS biarpun terselit KEPAHITAN DIDALAMNYA"

~babylove~

Saturday, March 24, 2012

Kita sedar..

Bukan kita sedih diatas PERPISAHAN
kerana kita tahu itu semua QADA dan QADAR tuhan
tapi cara perpisahan itulah yg membuat adakalanya
SEDIH BERPANJANGAN,
hina-menghina sesama kita
hingga pedihnya terasa ke LUBUK JIWA.
mujurlah kita masih kuat PEGANGAN AJARAN YG ESA
belajar menerima dan terus
mengerti apa itu REDHA yg sebenarnya.

~babylove~

Belajar melupakan..

Menjauhkan diri dgn seseorang yg kita sayang..bukan bermakna kita membencinya...
tapi kita sedang belajar utk MELUPAKANNYA BUAT SELAMA2NYA.
bukan MUDAH hendak  melupakan
tapi tak salah jika kita
belajar UTK MENERIMA KENYATAAN
DIMANA KASIH KITA SUDAH TIDAK DAPAT DIPERTAHANKAN.
"CINTA ITU GANDINGAN DUA HATI,
JIKA SATU LEMAH
YG SATU LAGI TAK DAPAT UTK BERTAHAN."
~babylove~

Dia yg aku sayang....

Dia yg aku sayang,
walau dia kini sudah tidak bersama aku lagi..
aku sentiasa MENDOAKAN utknya..
Dia yg aku sayang,
walau dia sering melukakan hati..
aku masih memaafkan dia.
... Dia yg aku sayang,
walau aku sayang dia sepenuh hati..
aku terpaksa MELEPASKAN dia pergi...
mungkin perit utk aku lalui..
tapi aku tak dapat melawan TAKDIR ILAHI..
Aku terima segalanya
kerna ku tahu YG ESA
akan memberi apa yg aku PERLU bukan yg aku MAHU

~babylove~

Tanya sama hati..

Tanya sama hati..
sekuat mana dapat melupakan.
Tanya sama hati...
sebesar mana luka dihati..
Tanya sama hati..
mengapa masih rindu
sedangkan dia sudah melupakanmu..
dan nanti jawap hati
sekuat mana,sebesar mana dan mengapa ada rindu..
itu semua kerana KEIKHLASAN DALAM MENCINTAI..
walau terluka masih tetap SETIA DGN CINTA.
~babylove~

Bila aku kata aku sayang...

Bila aku kata aku sayang...
aku memang sayang..
jangan diragui..
aku tak mungkin mempermainkan rasa cinta ini..
kau hadir disaat aku bergelumang dgn LUKA..
kau ajarkan aku erti cinta..
kau kata semua yg terjadi kerana DUGAAN YG ESA.
dan kau mendekatkan aku padaNYA
kerana itu aku bertambah sayang
dan bertambah KEPERCAYAAN dalam mengharungi kehidupan.
tapi aku tak terlepas dari rasanya BIMBANG..
aku berharap agar KITA jujur dalam perhubungan
tiada dusta dan terus SETIA..
KERANA AKU TIDAK MAHU KECEWA KALI KEDUA :)
~babylove~

Ku tinggalkan....

Ku tinggalkan kenangan itu dihujung simpang CINTA KITA
bukan tidak mahu ku simpan..
tapi utk apa kalau segalanya sudah kau LUPA..
andaikata satu hari nanti
kau TERINGAT SEMULA..
ambilah kenangan itu..
walaupun ketika itu aku sudah JAUH MENINGGALKAN KAMU....
~babylove~

Friday, March 23, 2012

Untuk kita...

Suami..
"Sayang,semoga kita bahagia hingga ke SYURGA ya.."
Isteri..
"InsyaALLAH..Abang,bimbing saya ya..dan apa sahaja masalah,kita bincang bersama."
Suami..
"tapi..abang tak kaya.abang tiada harta sanggupkah sayang menjalani KEHIDUPAN yg serba kekurangan ini?"
Isteri..
"Abang,kalau harta setinggi gunung pun takkan bahagia kalau tiada dibekalkan ajaran agama dan bukan harta menentukan kebahagiaan kita..tapi KEIKHLASAN MEMPERJUANGKAN  AGAMA DALAM RUMAHTANGGALAH YG AKAN MEMBUAT KITA BAHAGIA .."
^_^<3

setabahmu

Khas buat seorang wanita bernama IBU...
Aku ingin sekuatmu tapi aku takut aku tak mampu..
dan aku juga ingin sesabarmu..
Kamu sentiasa tersenyum
biarpun dugaan beratur menanti dibelakangmu..
dan katamu, kamu bahagia melihat setiap insan bermandikan CERIA.
kerna disitulah letaknya nilai KEMANUSIAAN..
Ibu,semoga ketabahanmu akan aku
warisi...
~babylove~

Thursday, March 22, 2012

Aku tiada jawapan untuk itu..

Jangan ditanya mengapa aku begitu TERASA..
kerana terasanya hati bila HATIMU berbelah bagi.
Jangan ditanya mengapa aku katakan aku telah memadam namamu dihati...
kerana tidak pernah ku rasa SESAKIT INI RASANYA BILA DIRI INI DIDUSTAI..
Jangan ditanya mengapa aku terlalu mencintai mu
kerana AKU TIADA JAWAPAN UNTUK ITU.
~babylove~

Wednesday, March 21, 2012

BABYLOVE: Hanya aku yg tahu

Aku CINTA aku RINDU...
biarpun kau tak tahu...

Aku PEDIH..Aku TERLUKA..
hanya aku yg TAHU SEMUA..
dan
... kau BAHAGIA diatas SEMUA ITU
hanya itu yg kau berikan pada KU...

~babylove~

Kuasa Maha ESA...

Kita tak pernah berjanji...
tapi kita telah mengikat HATI..
tanpa bicara,tanpa bertemu
kita JATUH CINTA..
Itulah kuasa yg ESA..

~babylove~

BABYLOVE: lahirnya puisi...

Buat diaku tahukah kamu...
"kerana kasih dan rinduku..dan kerana aku terluka dgn sikapmu
maka lahirlah puisi dan kata2 ini...."

~babylove~

Beza kita dan Bunga...

kelopak2 kehidupan ini..
adakalanya berselang seli..
satu persatu ada rahsia..
saat kita bersedih,satu "kelopak" gugur ketanah...
saat kita bergembira pun tetap ia akan gugur..
cuma bezanya kita manusia bukan BUNGA..
BIARPUN BERGUGURAN SUKA DAN DUKA ITU...
kita masih ada hari ESOK utk meneruskan KEHIDUPAN YG LEBIH BAIK..
~babylove~

Silapnya aku...

Silapnya aku...
percaya kata2 mu yg mengatakan HATIMU terguris kerana DIA....
dan aku merasakan LEBIH TERGURIS bila rupa2nya
saat aku mahu merawat hatimu
baru ku sedar kau menduakan aku.....

~babylove~

Tuesday, March 20, 2012

Kita sejiwa..

Kita sama2 terluka...
sama sama2 punya RASA,
dan kerana TERLUKA itulah kita punya KESERASIAN YG SAMA
DAN kita SEJIWA..
memahami hati yg pernah TERLUKA..
hingga akhirnya membuat aku jatuh CINTA..
ingin sahaja aku meluahkan rasa ini tapi
bimbang andai CINTA INI TIDAK KAU HARGAI...
apakah kau sepertiku?
setiap masa memikirkan apakah kita dapat bersatu?
dapat menjadi PASANGAN yg halal DGN mu
layakkah aku menjadikan kau PEMILIK HATIKU?
YA ALLAH ..andaikata dia dapat menerimaku
satukanlah hatiku dan hatinya dgn nurkasihmu YA ALLAH..
berilah peluang agar kami dapat hidup bersama hingga ke SYURGA..
~babylove~

Kisah kita....

Apabila keikhlasan hati diragui..

hati ini jadi keliru...

kenapa kau lukakan hatiku..

... disaat aku begitu menyintaimu...

kejujuran yg ku beri...kau persendakan..

namun dihati ini tidak ada sedikit benci..kerana kau begitu bererti..

kau tetap ku sayang walau kau sering tak mengerti...

layu hati ini ketika hampir mekar mewangi..

pilu hati ini kerana cinta sering diuji..

remuk hati ini kerana aku TERASA HATI
tetapi aku masih tidak boleh membenci..

ku tahu aku tak bisa memiliki hatimu lagi..

perlu kau tahu..segala yg lahir dari puisi ini adalah cinta dan kasihku yg abadi..

jadikanlah cinta yg menyayat hati ini kenangan dari seorang insan yg pernah

menjadi kekasih dihatimu...

~babylove~
dec 2010
See More

antara cinta dan curiga....

Ku tahu itu,
begitu juga dirimu,
kita sama2 memendam rasa cinta itu...
hingga satu hari kau berkata
"mengapa membiarkan perasaan rindu itu ada..sedangkan kau tahu aku suka pdmu..???"
dan bila aku mengatakan Ya..sememangnya aku juga sama sepertimu..
kamu balas dgn mengatakan kamu curiga pada keikhlasan cintaku...
PERIT HATI INI BILA DIRIMU BERKATA MASIH SANGSI APA YG ADA DIDALAM HATI INI....
tak dapat ku buktikannya kasih ku ini
selain berdoa pada ILAHI
agar satu hari nanti kamu mengerti
SEPERTI MANA CINTAKU INI....
walaupun ketika itu mungkin AKU SUDAH TIADA LAGI....
~babylove~
June 2011

Syairmu pengubat rinduku...

Kasih...bila hati ini kau sentuh, terus ada bicara hati..
dimana telah lama ku nanti saat-saat hati ini mengeluarkan bunga bunga cinta
yg hanya hati bisa melihatnya.. hati akan mendendangkan syair gubahan darimu yg ditulis khas buat aku... takkan ku lupa itu.. "manis wajahmu yg ku simpan didalam mataku pengubat rindu disaat kita tidak bertemu"itulah diantara bait2 syair mu utk ku..
kasih..dirimu adalah pelangi yg hadir dikala mendung menyelubungi aku... dirimu jugalah yg rentangkan kembali sayapku yg patah.. Jiwaku kembali bersenandungkan kebahagiaan.. dan akan ku harungi segala rintangan andai ianya singgah menjengah.. ku kuatkan hati agar takkan retak walaupun dihentak ... ~babylove~ dec 2010

dalam angan............

Keikhlasan hati ini usahlah diragui... sayangku tak mungkin berubah sama sekali. kesetiaanku akan ku bukti,apabila dirimu jauh disisi aku tetap menanti. rupa parasku mungkin tak secantik bidadari tapi aku hanya punya hati yg bisa ku berikan padamu.... hanya dgn berbekalkan cinta ini aku mendapat kekuatan utk bersamamu. walau terkadang timbul rasa cemburu. aku ingin bermandikan kasih sayangmu yg datang dari kamar hatimu.. bisakah kau penuhi hatiku dgn haruman kasihmu? mungkin sesuatu yang diimpikan tidak selalunya menjadi kenyataan tetapi mana tahu apa yang tidak diduga datang tiba-tiba, mungkinkah ada bahagia? biarlah kita menangis hari ini kerana kesakitan semalam... salahkah aku mengharap pada secebis "Angan2"? yg mungkinkah akan menjadi KENYATAAN? ~babylove~ feb 2011

Hukuman..

Hakim CINTA: Anda yg bernama RINDU SETENGAH MATI di jatuhkan hukuman keluar daerah CINTA dan hentikan rindu itu!!!

Rindu setengah mati: Tapi saya hanya merindui org yg saya cintai Tuan Hakim !

Hakim CINTA: kalau begitu anda dihukum ke Penjara CINTA seumur hidup kerana merindui org yg tak merinduimu!
...
Rindu setengah mati: kalau begitu saya sanggup asal saya tak disuruh berhenti merindui org yg saya cintai....

~babylove~

dia pergi bukan kerana dia tak cinta....

Jangan disimpan prasangka dalam diri... kerna hanya menambah sakit dihati... andai benar dia telah berubah hati.. relakan dia pergi,nangislah sekuatnya didlm hati.. andai itu dapat menenangkan DIRI, tapi jangan biarkan ia tumbuh KEBENCIAN YG BERSULAMKAN DENDAM. dia pergi bukan kerana dia tak cinta tapi dia pergi kerana dia tak tahu APA ERTI CINTA.. Jalanilah hidupmu dgn menjadikan apa yg terjadi ADALAH WARNA WARNI KEHIDUPAN. BELAJAR MELUPAKAN DAN SIMPANLAH IA JADIKAN "KENANGAN" . ~babylove~

Monday, March 19, 2012

Disaat bahagia yg dulunya duka...

Aku ada disaat kau “TERLUKA di JIWA” dan disaat kau BAHAGIA, kau lupakan SEGALA… ~babylove~

Menari diatas air mata cinta...

siapa aku dihatimu? hanya tempat kau melayan rasa LUKA MENGHIMPIT DIRI? dan setelah kau temui JALAN2 MENUJU BAHAGIA.. aku kau tinggalkan dihujung sepi... dan tika aku mengalirkan air mata kau sedang asyik menari diatas permaidani cinta KAU DAN DIA... ~babylove~

KASIHKU ABADI SELAMANYA....

sesekali...bermain dihati, saat2 aku dan dirimu mula2 saling mengenali.. berbicara,menghiburkan hati sesama kita.. dari benci bertukar menjadi sahabat.. kemudian ADA RASA yg dikirmkan ILAHI buat kita, dan ketika itu ..senyuman kita melebar ke telinga Indahnya waktu itu, Aku dan dirimu "mencoret rasa cinta dalam lautan CINTA" dan kini kita sdg menanti hari bahagia.. dan DOA KU agar kita dapat menjadi PENGHUNI SYURGA BERSAMA... ABADI SELAMANYA.. ~babylove~

Pesanan buat Teman....

Teman, ingin hamba berbicara tentang LUKA.. mungkin ada yg kata kenapa hamba sering berbicara tentang sakitnya LUKA.. bukan hamba tidak mahu menerima qada dan qadar yg ESA, tapi hamba ingin kalian BERHATI2 ANDAI SEDANG DILAMUN CINTA. jagalah hati dan bicara, jangan sampai berulang2 melakukan silap yg sengaja.. memang setiap pasangan akan mempertahankan hubungan agar jangan ada retak yg menantikan "terbelahnya" MENIMPA tapi jangan sampai kita sahaja yg mempertahankan hingga tidur bermandikan AIR MATA dan berjaga dgn kata2 dari titisan AIR MATA. JAGALAH PERHUBUNGAN DGN "KEJUJURAN DAN SETIA " jangan sesekali melukakan hatinya dgn KATA2 HINA. masa sayang dipuja2 bila dah benci dihina dgn rancaknya. bukankah kita juga punya MARUAH utk dijaga? dari itu jagalah hati dan bicara sehingga terbit KASIH SAYANG SETIAP MASA. Hamba pernah merasakan sakitnya LUKA.. dan HAMBA BERDOA JGN KALIAN RASA WALAUPUN SEKELUMIT CUMA. kerna pedihnya rasa luka TAKKAN HILANG BUAT SELAMANYA. DARI HAMBA INSAN YG BANYAK KURANGNYA: ~babylove~

Itulah kamu sebenarnya....

Buat diaku.. kini aku tenang bila ku tahu siapa sebenarnya kamu... bila kau menunjukkan KEBAHAGIAAN MU tanpa hadirnya aku.. andai itu membuat kau berbahagia tanpa mengingati kenangan KITA, pergilah dan jangan menoleh lagi.. terima kasih diatas segalanya. Semoga dgn PERPISAHAN ini aku menjadi semakin tabah. ~babylove~

Mainan Persinggahan...

Buat diaku..... hingga kini masih terasa KATA2 YG KAU UCAPKAN.. masih kedengaran pengucapan yg cukup mengguris perasaan... dan aku masih tidak dapat menyangka .. kata yg terluah itu adalah darimu.. dari seseorang yg dulu jujur,berbudi dan cukup menghargai cinta ini. begitu mudah KAU LUPA PADA SAAT KITA BELAJAR MENGENAL ERTI CINTA.. dan akhirnya kau mengatakan CINTA TIDAK BOLEH DIPAKSA... setelah kau beri cinta.. dimana silapnya aku pun tak tahu.. mungkin juga dari aku... yg terlalu PERCAYA bahawa kau RASA CINTA sedangkan bukan cinta yg kau rasa tapi hanya MAINAN PERSINGGAHAN DIHATI CUMA.... ~babylove~

kesakitan itu tidak akan lama...

Andaikata dia yg anda cintai telah bahagia dgn yg lain... Usahlah menanam benci dihati tapi siramlah dgn DOA agar dia yg anda cintai itu berolehi KEBAHAGIAAN yg dia cari walaupun bukan dgn kita.. mungkin hati kita SAKIT SETELAH DIA MELUKAI HATI KITA DGN HEBATNYA.. tapi percayalah..KESAKITAN ITU TAKKAN LAMA DAN AKAN DIGANTI DGN KEAJAIBAN DARI YG MAHA KUASA. ~babylove~

SAKITNYA rasa BERSEDIH

Tahukah org yg suka senyum dan ketawa itu sebenarnya
org yg paling banyak mengalirkan air mata didlm hati...
dia tahu betapa SAKITNYA rasa BERSEDIH
kerana itu dia sentiasa mengukirkan senyuman ,dia tidak mahu org lain merasa SEDIH sebagaimana dia...

~babylove~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...