Aku hanya Insan biasa..

My photo
aku hanya insan biasa...tiada yg lebih tapi banyak yg kurangnya..menulis itu jiwaku.. aku menulis Dari hati ke hati..aku suka menyelami hati..mencari kekuatan dalam kelemahan..aku belajar memahami dgn setiap KETENTUAN ILAHI..dan setelahku temui dan ku sematkan dihati.."Bila kita tak bahagia skg tidak bermakna kita takkan RASA KEBAHAGIAAN ITU SAMPAI BILA2.. Sabar dgn dugaan, Tabah dgn penderitaan, Ikhlas dalam setiap perubahan, InsyaALLAH,"SAKIT" TU HILANG YG TINGGAL ADALAH HARI2 MENDATANG YG ALLAH SEDIAKAN DGN SEJUTA KELEBIHAN DARI DERITA YG PERNAH KITA TANGISKAN.

Sunday, February 26, 2012

Semalam gembiranya aku…
bila menemui kamu dalam gelapnya kisah cinta ku yg lalu…
tika itu kau umpama semangat yg baru..
memberi aku ketawa yg selama ini hilang entah kemana.

... Semalam gembiranya aku…
bila kamu adalah warna paling gagah yg hadir dlm hidupku..
bila kamu adalah muzik dalam setiap nyanyian hatiku..
bila kamu menutup pedih perasaanku…
dan ku sambut kedua tanganmu utk memimpinku.

dan dalam GEMBIRANYA SEMALAMKU…
akhirnya aku lemas dalam lautan api cinta…
bahangnya aku tak merasainya hinggalah aku tersedar diri ini ada kesan MELECUR DI HATI…
bila segala kata2 mu hanya mainan semuanya..
tipulah jika tidak ku rasa kecewa tapi tetap
ku terima walau sakitnya
BERGANDA DARI KISAH CINTAKU YG LALU

umpama mimpi dalam mimpi…
bila dalam sedar mengejar bahagia
kau berubah dalam sekelip mata..
dan semoga aku juga akan sentiasa sedar
jangan terus dimakan kata2 cinta lagi dgn mudahnya
mungkin aku kecewa dgn sikapmu tapi aku tidak kecewa kerna tidak bisa menjadi permaisurimu…
malah aku bersyukur aku sedar sebelum
mimpi ini larut bermaharaja lela…
dalam terusnya hanyut dgn kata cinta…


~babylove~
Sayang…
jangan diragui akan kesetiaan ku..
jangan membuat hati mu sentiasa ragu.
bila aku kata aku sayang ia bukan sekadar kata2
ia adalah satu rasa diberi yg ESA yg begitu ku hargai nilainya..
...
ku akui aku tak secantik bidadari…
tapi cukup bagiku utk bersamamu aku merasakan diriku umpama Puteri..
bila dirimu menjaga hatiku dgn penuh berhati2…
setiap kata yg terluah cukup tersusun indah..
mencintaimu membuat aku sentiasa yakin dgn segala keadaan yg aku lalui

bila ada yg iri ttg kita
dirimu seakan keliru..
ketahuilah Putera ku tiada sesiapa diantara kita..
tak mungkin hatiku semudah itu menerima cinta yg lain.
ada kamu dalam hidupku sudah cukup buat aku…
MEMBUAT AKU RASA SEMPURNA DALAM “TIDAK SEMPURNANYA AKU”

~babylove~
Dari sudut hati yg terluka..
ku termenung disisi jendela...
mengapa kasih yg kau beri hanya dusta..
membuat hati ini sakit tidak terkata..
betapa kuat ujian ini..
... cuba belajar melupakan dia si cinta hati
aku kah yg bersalah atau kau yg lemah?
lemah dgn kata2 yg kau lahirkan
mengukirkan sekuntum senyuman buat aku tapi dalam masa yg sama
mencarik-carikkan perasaan cinta
tidak dapat ku fahami..
dgn kata2 mu tempohari menconteng
kata dalm cinta kita
bukan ku merayu kerana hatiku sudah pun beku utkmu
cuma aku terkilan kerana dia ku sudah berubah laku.

 ~ babylove~
Dalam jujurnya kata dia…..
aku termakan juga dengan kata2 yg ikhlas bunyinya.

Dalam jujurnya kata dia…
rupa2nya itu semua hanya mainan kata.
...
Dalam jujurnya kata dia…
kesemuanya adalah dusta semata…

dan dalam jujurnya hati ini menerima dia
begitu dalam "tusukkan kata" yg dihadiahkan darinya buat diriku yg sebati dgn LUKA....

~babylove~

Dalam  setiap gelisah….
telah  ku  cuba  tenteramkan  dadaku …
perkuatkan  rasa  itu  agar  jgn terus  diambang keliru.

Belajar  menyakinkan  menerima  setiap  apa  yg  berlaku.
mencekalkan  segala  lelah yg  terlempar  tanpa  merungut .
InsyaALLAH  akan  ku pujuk  dan  ku  tenangkan  hati  agar 
sentiasa  mengucup  takdir.
kerna  DIA   sentiasa  ada  dan  menyediakan  yg  terbaik  buat  kita.

~babylove~

Andai   esok  ditakdirkan  kita  tidak  bersama…
usah  dibanjiri  dgn  air  mata..
kita  hidup  bukan  utk  hanya  menikmati  INDAHNYA  CINTA..
selami  rasa  kecewa  dgn  mencari  ada  hikmah  didalamnya.

carilah  BAHAGIA  dalam  bentuknya  menambah  pahala
SAMPAIKAN  SEGALA  RESAH  MU  PADA  ALLAH  YG  SATU..
kerana  DIA  tahu  apa  yg  terbaik  buat  kita.

~babylove~
Wanita…
kita adalah permata…
jagalah peribadi kita..
jangan dibiarkan kita disentuh sebelum menjadi halal utk dia bakal IMAM kita.
selagi maruah dijaga tak mungkin nilai kita luntur..
... biar kita tidak secantik bidadari
tapi kecantikkan menjaga maruah diri lebih tinggi “cantiknya”
tanamkan dihati kita dgn mendekatkan diri pada ILAHI…
Sentiasa berdoa padaNYA agar kita sentiasa dilindungi dari termakan kata2 cinta dari INSAN yg tk sepatutnya.
dan bila kita sudah menjadi seorang ISTERI kelak
sentiasalah SETIA disisi suami JADILAH SAHABAT DISAAT DIA PERLUKAN SAHABAT..
JADILAH ISTERI BILA DIA MEMERLUKAN ISTERI..
DAN JADIKAN “DIRI KITA SENTIASA DIA PERLUKAN SETIAP SAAT…”

Peringatan buat diriku juga :)


~babylove~
Tahukah dia bila kita terlalu RINDU padanya?
atau dia buat tak tahu kerna dia tahu betapa dalam kasih kita padanya
hingga membuat dia tidak menghargai kasih yg diberi....
~babylove~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...