Aku hanya Insan biasa..

My photo
aku hanya insan biasa...tiada yg lebih tapi banyak yg kurangnya..menulis itu jiwaku.. aku menulis Dari hati ke hati..aku suka menyelami hati..mencari kekuatan dalam kelemahan..aku belajar memahami dgn setiap KETENTUAN ILAHI..dan setelahku temui dan ku sematkan dihati.."Bila kita tak bahagia skg tidak bermakna kita takkan RASA KEBAHAGIAAN ITU SAMPAI BILA2.. Sabar dgn dugaan, Tabah dgn penderitaan, Ikhlas dalam setiap perubahan, InsyaALLAH,"SAKIT" TU HILANG YG TINGGAL ADALAH HARI2 MENDATANG YG ALLAH SEDIAKAN DGN SEJUTA KELEBIHAN DARI DERITA YG PERNAH KITA TANGISKAN.

Saturday, June 2, 2012

Jangan kau ragui pada rinduku yg nakal ini

Menunggu cintamu bukanlah kemahuan fikiranku

tetapi kemahuan hati yg sering merindu..

walau berkali cuba ku elak dari perasaan ini..

cinta dan rindu hadir lagi...

nakalnya cinta dan rindu ini tetap mahu dirimu menjadi pendamping hati.

Kamulah erti hidupku, kamulah sang inspirasi..

kemana dirimu berada hati ini akan mengekori seperti bulan yg sentiasa ada dimana2 arah yg dilihat.

Jauh atau dekat dirimu ..

hati ini tetap melayang mencari..

betapa manisnya rindu ini kerana hati begitu menyintaimu..

aku tak perlu kita saling berpandangan utk cinta tapi cukuplah kita mempunyai pandangan yg sama ttg indahnya cinta...

Aku akan setia padamu sebagaimana rindu ini setia merinduimu setiap saat..

dan jangan kau ragui ..rinduku yg nakal ini

yg mengganggumu setiap pagi ,petang dan malam hari.

~babylove~

Aku ingin...tapi bukan dalam mimpi

Aku ingin kau selalu hadir dalam hidupku..

walau hanya dalam mimpi.

aku ingin kau menemani aku ketika aku merasa sepi..

walau hanya dalam mimpi.

aku ingin kau peluk hati ini dan kau belai jiwa ini...

walau hanya dalam mimpi.

aku ingin kau menyapu lembut airmataku dikala aku begitu merinduimu..

walau hanya dalam mimpi.

aku ingin mendengar kau meluahkan betapa kau menyintai aku seperti malam menyintai bintang..

walau hanya dalam mimpi.

aku ingin menjadi pendengar segala nasihat2mu

walau hanya dalam mimpi.

dan aku ingin kau menjadi yg HALAL buat aku tapi

BUKAN DALAM MIMPI~

Dimana-mana ada kamu.

Ku  pejam  mata  ada KAMU,
Ku  buka   mata  ada  KAMU,
Ku  toleh  ke  belakang  ada  KAMU,
Ku  pandang  ke  hadapan  ada  KAMU,
Ku pandang  ke kanan dan ke kiri juga ada kamu
walaupun ia cuma BAYANGANMU...
Semakin jauh  ku berlari..
Semakin dekat nama mu dihati..
Maafkan aku kerna tidak  dapat  melupakan mu seperti pinta mu
kerana cintaku terlalu dalam dan adalah sukar utk ku GALI DAN KU BUANG  TERUS  DARI  HATI...
Inilah kelemahanku...
aku tidak  sehebatmu yg dapat melupakan cinta kita dgn  SEKELIP  MATA
kerana itulah  DIMANA-MANA ADA  KAMU~

~babylove~

Pesan arwah Ibu

Pesan Arwah Ibu:

Jangan berkahwin dgn seseorang kerana ingin melupakan "dia" dalam hatimu...kerna satu hari nanti bila kamu terluka dgn dia yg baru kamu akan merindui dan membandingkan "dia ' yg dulu...

Jangan berkahwin dgn seseorang kerana KETAMPANAN /KECANTIKKAN DIA kerna satu hari nanti ia akan pudar ditelan waktu dan tika itu kamu akan berubah hati dan mencari yg baru~

Jangan kahwin dgn seseorang kerana KEKAYAANNYA kerna satu hari nanti bila dia sudah tidak sekaya dulu kamu akan merasa jauh darinya lantas akan mengungkit2 kisah2 waktu berduit dulu~

Jangan kahwin dgn seseorang kerana NAFSU kerana satu hari nanti
bila dia jatuh sakit kamu merasa kekosongan dan kamu tiada tanggungjawap utk menjaganya ketika dia lemah dan perlukan perhatian darimu~

TAPI KAHWINLAH DGN SESEORANG  KERANA AGAMA YG ADA PADA DIRINYA...
KERNA  BILA  DIA  ADA  AGAMA  "DIA PUNYA SEGALANYA"
DAN  DIA  JUGA  DAPAT  MEMBIMBING  KITA  HINGGA  KE  SYURGA..dan dapat membentuk keluarga  Sakinah, Mawaddah wa Rahmah.
DAN  PERKAHWINAN SEBEGINI  DIRESTUI  YG  MAHA  ESA~

~babylove~

Kau adalah Anugerah terindah..

Kau adalah anugerah terindah....

kau hadir ketika aku jatuh kedalam lautan duka...

kau hulurkan tangan dan ku sambut dgn titisan airmata kesyukuran..


Kau adalah anugerah terindah...

apabila robeknya hati ini kau balut dgn kata manis ibarat manik manik cinta...

kau bersamaku dan menerima aku apa adanya...


Kau adalah anugerah terindah..

apabila kau menjadi wira cinta ku, menyusun bait- bait kata cinta di teratak hatiku...

terasa diri ini begitu manja denganmu ketika kau menjelmakan setia melahirkan cinta...


Kau adalah anugerah terindah..

apabila katamu aku penyembuh lukamu..menjadi yg teristimewa dihatimu...

air mata bergenang apabila mengenang saat indah itu...

dan ku bisikkan dalam sendu

terima kasih sayangku kerana menjadikan aku seseorang yg bererti dalam hidupmu...


Kau adalah anugerah terindah ...

yang akan ku jaga bak permata hingga akhirnya nyawa....Insya'allah..

~babylove~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...