Aku hanya Insan biasa..

My photo
aku hanya insan biasa...tiada yg lebih tapi banyak yg kurangnya..menulis itu jiwaku.. aku menulis Dari hati ke hati..aku suka menyelami hati..mencari kekuatan dalam kelemahan..aku belajar memahami dgn setiap KETENTUAN ILAHI..dan setelahku temui dan ku sematkan dihati.."Bila kita tak bahagia skg tidak bermakna kita takkan RASA KEBAHAGIAAN ITU SAMPAI BILA2.. Sabar dgn dugaan, Tabah dgn penderitaan, Ikhlas dalam setiap perubahan, InsyaALLAH,"SAKIT" TU HILANG YG TINGGAL ADALAH HARI2 MENDATANG YG ALLAH SEDIAKAN DGN SEJUTA KELEBIHAN DARI DERITA YG PERNAH KITA TANGISKAN.

Tuesday, June 5, 2012

Bila kau kata kau keliru

Bila suatu ketika dulu katamu
ingin menjadi PENDAMPING KU YG HALAL
hati ini cukup tersentuh...
betapa kau begitu MEMAHAMI  HATI  INI..
tapi  bila tiba2 kau berubah...
hati ini cukup sebak mengenangkan
mengapa kau berubah setelah hati ini kau sentuh?
mengapa kau kata kau sayang tapi kemudian kau berubah menafikan rasa cinta
tahukah betapa pedih bila kau mempermainkan rasa hati...
bila kau kata kau keliru aku lg keliru bila KATA2 YG TAK SEPATUTNYA
keluar dari bibirmu...kau berubah yg menakutkan aku~

~babylove~
~ditemani bulan~

Cinta dihatinya tak sekuat cintaku padanya.

Saat cinta memanggilku...saat itu ku sambut .

walau ku tahu akan bermula satu episode penuh berliku.

ku amati kata hati ..akan ku serahkan rasa ini pada dia yg memberi..

ku bisikkan kalimah cinta berserta nafas rindu..

ku dirikan barisan kasih dalam harapan..

malamku penuh dgn mimpikan dirimu..

yg tak tahu betapa diri terlalu memendam..

dalam hening dalam diam ...

hati sering merintih..mencari erti sebenar cinta sejati ..

yg hanya ku temui didalam mimpi...salahkah hati kerana dia yg kucintai..

tidak mengerti dikatakan hanya berilusi...

sebenarnya ku ingin mencari damai dihati..

bersama dia ingin ku layari kehidupan bersama tanpa resah dihati..

dia tahu dan dia mengerti...

cuma  cinta dihatinya tak sekuat cintaku padanya.

~babylove~

Tak akan terganti yg lain

Saat cinta ini tetap disini..

membuat hati sering mengucap..

mengucap kata rindu yg sentiasa menyelubungi sendu.

kalau semalam dirimu telah hadir dalam mimpiku yg ke ratusan kalinya..

hari ini ku ciptakan puisi yg ke seribu hanya utkmu..

buah hatiku,cinta sayangku yg satu.

yg sering mengahapuskan airmataku..

kala rindu yg terlalu.

api rindu buat mu sijantung hatiku..

walau dari jauh...aku tetap dapat melihat...

melihat dari mata hatiku..kasih sayangmu,cintamu dan rindumu sudah berada dialiran darahku..

kau yg satu dan takkan terganti dgn yg lain...

dan aku tak bisa utk mencintai yg lain..kerna disekeliling hati, disudut hati telah tertulis namamu hingga tiada ruang kosong lagi.

Buat diaku yg ku cintai...

Buat diaku yg ku cintai...

terima kasih diatas kasih sayang yg diberi.

ternyata rinduku selama ini kau sambut..lalu

kau pupuk dgn penuh rasa cinta dihati

lantas kau pesan pada angin kirimkan kepadaku.

hingga membuat cintamu semakin melekat didalam hati ini.

dan rindu? semakin menebal semakin mencengkam...

Buat diaku yg ku cintai...

ku tahu kita hanya mampu merancang dan tuhan yg menentukan..

cubalah berikan keyakinan itu..

bahawa kita akan bersama..kau telah mewarnai kisah cinta kita.

dan sentiasalah kembali dalam lembaran cinta kita...

kalau kini saat mata ini terpejam dirimu tetap ku bayang

ku harap satu hari nanti kala mataku terbuka kau sentiasa ada disisiku.

ku harap api rindu ini takkan terpadam.cahaya matamu yg sering mengukir senyuman ...ku tahu itu.

Buat diaku yg ku cintai....

kala kamar hatiku berlagu resah mencuit hati..

ayat -ayat cintamu yg menyelimuti.

terkadang ku akui seakan ada yg ku ragui tapi katamu

"sayangku ..takkan ada yg dapat mencuri hati ini kerna hatiku telah kau ikat..

dgn doa cintamu pada ilahi...dan tak mungkin aku mungkiri..."

kata2mu menyejukkan hati dan akan ku pegang hingga akhir hayatku nanti....

Buat diaku yg ku cintai..

rangkulah cinta ini dan genggamlah erat.

Kerana hatiku ada padamu

Sayang...

kenangan itu masih menghantui...

kisah cinta kau dan aku...

yg begitu unik..

semuanya indah kerana cinta yang bersemi diantara kita begitu damai,begitu teduh dan begitu manis.

ada irama didalam cinta kita..

tak siapa dapat mendengarnya....hanya kau dan aku dapat merasai.

masih ku ingat lagi...dalam kesendirianku tak pernah terbayang akan hadirmu disampingku.

dalam sunyi itu kau hadir membawa sejuta kasih sayang ..

dan ku sambut dgn sepenuh hatiku..kaulah belahan jiwaku dan takkan terganti.

hingga kini aku masih disini...

menanti hatimu memainkan irama cinta kita seperti dulu..

ku tahu kau takkan melupakan aku..

kerana hatiku ada padamu..

~babylove~

Mungkinkah kau yg teristimewa...

Mungkinkah kau yg teristimewa...

kerana tidurku takkan lena tanpa melihat gambarmu disisi.

Mungkinkah kau yg teristimewa...

kerana hatiku akan bertanya sedang apakah kamu disana...

Mungkinkah kau yg teristimewa...

kerana secara tiba tiba aku pandai bermadah indah menulis bait2 kata yg

terindah..yg dulunya aku tak tahu apa ertinya madah...

Mungkinkah kau yg teristimewa...

kerana apabila rindu melanda

airmata ini mengalir dengan derasnya...

Mungkinkah kau yg teristimewa...

Apabila kau sakit aku juga merasainya...

Istimewanya kau hanya aku yg tahu

dan telah ku letakkan namamu diruang paling istimewa

dalam hatiku

hanya kamu.....

~babylove~

Hatimu dan hatiku

Rasa kasih masih bertatih

Rasa rindu masih berlagu

Rasa cinta tetap bersatu

kau dan aku masih seperti dulu

bila hatiku bermadah sayang

rindukan dirimu yg tak kunjung datang..

tapi aku tetap menanti dengan tenang

kerana ku tahu aku yang kau sayang

walau mulutmu tak mengucapkan

tapi hatimu dan hatiku sudah menyatakan..

~babylove~

Bila hadirnya cinta itu

Bila hadirnya cinta itu

aku tak tahu...

yang aku tahu

aku cinta padamu.

Bila hadirnya cinta itu

aku tak pasti..

tapi apa yg pasti

setiap detik aku mengingatimu...

Bila hadirnya cinta itu

aku memang tak tahu

tapi yang aku tahu dan aku pasti

tanpamu,hilangnya dirimu

buat aku jadi tak menentu.

Cinta ku..apakah kau tahu

Sedari dulu telah ku khabarkan betapa aku sayang padamu

tapi kau masih ragu..

percayalah ..cintaku hanya utkmu

kau tahu..

setiap detik yg ku ingat hanyalah kamu

bila aku senyum

itu tandanya aku teringat dgn usikkanmu

bila aku ketawa

maknanya lawak nakalmu yg ku ingat selalu

bila ku nangis....

bukan kerana tersinggung dgnmu

tapi aku terlalu rindu padamu

aku bimbang kalau kita

tak dapat bersatu

kerana aku ingin dirimu menjadi pendampingku yg halal

dan direstui Allah yg satu..

~babylove~

Akan ku simpan kenangan itu


Kau kata kau cinta

dan katamu aku sahaja

kau kata kau sering merindu

dan aku sentiasa dihatimu

dan pabila nikmat bicaramu mengungkap

betapa manisnya cinta kita

dimatamu bahasa cinta sering tertulis

kasih kita yg mekar

tetap bermaharaja dihatiku

sayangmu yg begitu mempesonakan ku

betapa iainya menyusuk ke jantung hati

kita benamkan segala rasa curiga

dan ditindih cahaya cinta.

kau bisikkan

rasa cinta itu masih ada dan akan kekal selamanya..

Terima kasih sayang..

kata katamu itu buat aku berada di alam yg penghuninya adalah pencinta setia...

~babylove~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...