Aku hanya Insan biasa..

My photo
aku hanya insan biasa...tiada yg lebih tapi banyak yg kurangnya..menulis itu jiwaku.. aku menulis Dari hati ke hati..aku suka menyelami hati..mencari kekuatan dalam kelemahan..aku belajar memahami dgn setiap KETENTUAN ILAHI..dan setelahku temui dan ku sematkan dihati.."Bila kita tak bahagia skg tidak bermakna kita takkan RASA KEBAHAGIAAN ITU SAMPAI BILA2.. Sabar dgn dugaan, Tabah dgn penderitaan, Ikhlas dalam setiap perubahan, InsyaALLAH,"SAKIT" TU HILANG YG TINGGAL ADALAH HARI2 MENDATANG YG ALLAH SEDIAKAN DGN SEJUTA KELEBIHAN DARI DERITA YG PERNAH KITA TANGISKAN.

Tuesday, March 20, 2012

Kita sejiwa..

Kita sama2 terluka...
sama sama2 punya RASA,
dan kerana TERLUKA itulah kita punya KESERASIAN YG SAMA
DAN kita SEJIWA..
memahami hati yg pernah TERLUKA..
hingga akhirnya membuat aku jatuh CINTA..
ingin sahaja aku meluahkan rasa ini tapi
bimbang andai CINTA INI TIDAK KAU HARGAI...
apakah kau sepertiku?
setiap masa memikirkan apakah kita dapat bersatu?
dapat menjadi PASANGAN yg halal DGN mu
layakkah aku menjadikan kau PEMILIK HATIKU?
YA ALLAH ..andaikata dia dapat menerimaku
satukanlah hatiku dan hatinya dgn nurkasihmu YA ALLAH..
berilah peluang agar kami dapat hidup bersama hingga ke SYURGA..
~babylove~

Kisah kita....

Apabila keikhlasan hati diragui..

hati ini jadi keliru...

kenapa kau lukakan hatiku..

... disaat aku begitu menyintaimu...

kejujuran yg ku beri...kau persendakan..

namun dihati ini tidak ada sedikit benci..kerana kau begitu bererti..

kau tetap ku sayang walau kau sering tak mengerti...

layu hati ini ketika hampir mekar mewangi..

pilu hati ini kerana cinta sering diuji..

remuk hati ini kerana aku TERASA HATI
tetapi aku masih tidak boleh membenci..

ku tahu aku tak bisa memiliki hatimu lagi..

perlu kau tahu..segala yg lahir dari puisi ini adalah cinta dan kasihku yg abadi..

jadikanlah cinta yg menyayat hati ini kenangan dari seorang insan yg pernah

menjadi kekasih dihatimu...

~babylove~
dec 2010
See More

antara cinta dan curiga....

Ku tahu itu,
begitu juga dirimu,
kita sama2 memendam rasa cinta itu...
hingga satu hari kau berkata
"mengapa membiarkan perasaan rindu itu ada..sedangkan kau tahu aku suka pdmu..???"
dan bila aku mengatakan Ya..sememangnya aku juga sama sepertimu..
kamu balas dgn mengatakan kamu curiga pada keikhlasan cintaku...
PERIT HATI INI BILA DIRIMU BERKATA MASIH SANGSI APA YG ADA DIDALAM HATI INI....
tak dapat ku buktikannya kasih ku ini
selain berdoa pada ILAHI
agar satu hari nanti kamu mengerti
SEPERTI MANA CINTAKU INI....
walaupun ketika itu mungkin AKU SUDAH TIADA LAGI....
~babylove~
June 2011

Syairmu pengubat rinduku...

Kasih...bila hati ini kau sentuh, terus ada bicara hati..
dimana telah lama ku nanti saat-saat hati ini mengeluarkan bunga bunga cinta
yg hanya hati bisa melihatnya.. hati akan mendendangkan syair gubahan darimu yg ditulis khas buat aku... takkan ku lupa itu.. "manis wajahmu yg ku simpan didalam mataku pengubat rindu disaat kita tidak bertemu"itulah diantara bait2 syair mu utk ku..
kasih..dirimu adalah pelangi yg hadir dikala mendung menyelubungi aku... dirimu jugalah yg rentangkan kembali sayapku yg patah.. Jiwaku kembali bersenandungkan kebahagiaan.. dan akan ku harungi segala rintangan andai ianya singgah menjengah.. ku kuatkan hati agar takkan retak walaupun dihentak ... ~babylove~ dec 2010

dalam angan............

Keikhlasan hati ini usahlah diragui... sayangku tak mungkin berubah sama sekali. kesetiaanku akan ku bukti,apabila dirimu jauh disisi aku tetap menanti. rupa parasku mungkin tak secantik bidadari tapi aku hanya punya hati yg bisa ku berikan padamu.... hanya dgn berbekalkan cinta ini aku mendapat kekuatan utk bersamamu. walau terkadang timbul rasa cemburu. aku ingin bermandikan kasih sayangmu yg datang dari kamar hatimu.. bisakah kau penuhi hatiku dgn haruman kasihmu? mungkin sesuatu yang diimpikan tidak selalunya menjadi kenyataan tetapi mana tahu apa yang tidak diduga datang tiba-tiba, mungkinkah ada bahagia? biarlah kita menangis hari ini kerana kesakitan semalam... salahkah aku mengharap pada secebis "Angan2"? yg mungkinkah akan menjadi KENYATAAN? ~babylove~ feb 2011

Hukuman..

Hakim CINTA: Anda yg bernama RINDU SETENGAH MATI di jatuhkan hukuman keluar daerah CINTA dan hentikan rindu itu!!!

Rindu setengah mati: Tapi saya hanya merindui org yg saya cintai Tuan Hakim !

Hakim CINTA: kalau begitu anda dihukum ke Penjara CINTA seumur hidup kerana merindui org yg tak merinduimu!
...
Rindu setengah mati: kalau begitu saya sanggup asal saya tak disuruh berhenti merindui org yg saya cintai....

~babylove~

dia pergi bukan kerana dia tak cinta....

Jangan disimpan prasangka dalam diri... kerna hanya menambah sakit dihati... andai benar dia telah berubah hati.. relakan dia pergi,nangislah sekuatnya didlm hati.. andai itu dapat menenangkan DIRI, tapi jangan biarkan ia tumbuh KEBENCIAN YG BERSULAMKAN DENDAM. dia pergi bukan kerana dia tak cinta tapi dia pergi kerana dia tak tahu APA ERTI CINTA.. Jalanilah hidupmu dgn menjadikan apa yg terjadi ADALAH WARNA WARNI KEHIDUPAN. BELAJAR MELUPAKAN DAN SIMPANLAH IA JADIKAN "KENANGAN" . ~babylove~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...