Aku hanya Insan biasa..

My photo
aku hanya insan biasa...tiada yg lebih tapi banyak yg kurangnya..menulis itu jiwaku.. aku menulis Dari hati ke hati..aku suka menyelami hati..mencari kekuatan dalam kelemahan..aku belajar memahami dgn setiap KETENTUAN ILAHI..dan setelahku temui dan ku sematkan dihati.."Bila kita tak bahagia skg tidak bermakna kita takkan RASA KEBAHAGIAAN ITU SAMPAI BILA2.. Sabar dgn dugaan, Tabah dgn penderitaan, Ikhlas dalam setiap perubahan, InsyaALLAH,"SAKIT" TU HILANG YG TINGGAL ADALAH HARI2 MENDATANG YG ALLAH SEDIAKAN DGN SEJUTA KELEBIHAN DARI DERITA YG PERNAH KITA TANGISKAN.

Sunday, March 18, 2012

Kau ku sayang

K amu adalah cahaya yg menyinari suramku..
A kan ku jaga cahaya cinta ini..
U sah diragu ..kasih ku ini..

K u yakini segala katamu..
U kiran jiwamu dpt ku baca dlm mata hatiku..
...
S ejuta yg hadir..
A kan ku hindar..
Y a..percayalah..
A ku tetap aku yg dulu.
N ama mu sudah ku sematkan didlm hati..
G enggamlah cinta kita didlm SETIA....

Cinta kita hanya kita yg rasa....

~babylove~

Dia yg ku sayang....

Dia... yg mengajarku erti cinta.. Dia... yg sering memperdengarkan aku ttg kebesaran ILAHI..kerna itu ku jatuh hati... Dia... yg mewarnai hari kelamku...lantas menceriakan hari2 ku yg lalu. Dia... yg memberi RASA kasih yg tidak ku tahu..sehingga kini RASA itu ku jaga Dia.. mengajar aku apa itu suka apa itu duka...hingga membuat ku lupa apa itu DUKA. Dia... yg memahami aku yg degil dalam cinta..kerana tetap percaya padanya walau ada yg tak suka. Dia.. yg begitu jauh dariku tapi terasa dekat dihati..dan sentiasa ada dlm gerak hati Dia.. yg kini semakin keliru... tapi ku tahu dia masih menyayangi aku... walaupun ku tahu DIA BUKAN UTK KU... ku harap dia tahu... Aku tetap menyayangi DIA sampai hujung nyawaku.. Ya Allah Ya Tuhanku tolong jagakan Dia utk ku. ~babylove~

Kata-kata yg bisa membuat hati wanita ....

Kata-kata yg boleh buat seorang wanita menangis apabila seseorang yg dia sayangi berdusta dgn cinta.. bila kata2 cinta dipermainkan begitu sahaja... pedihnya luka itu terasa begitu menyeksa... hingga siang tiada rasanya cahaya.. hingga malam tiada rasanya beza. Dari itu..SETIALAH DGN CINTA. Agar tangisan itu tidak larut hingga ke senja. ~babylove~

Erti diam...

Diam itu INDAH... Diam itu JAWAPAN.. Diam itu KEKELIRUAN.. Diam itu KESABARAN.. dan Diam itu juga KETEGASAN.. walaupun dalam KETERPAKSAAN kerana Dgn DIAM kita bisa mengumpul "KEKUATAN" renung2kanlah :) ~babylove~

Sekali terluka,selamanya terasa.

Siapalah kita untuk menentukan baik buruknya seseorang... Setiap dari kita ada baik dan buruknya, dari itu usahlah menghakimi sikap org lain, ada baiknya memberi nasihat jgn sampai mengaibkan, dan bila berbicara biarlah berhati2, kerana sekali terluka...selamanya terasa. apa lagi ORANG YG KITA LUKAKAN ITU ADALAH SESEORANG YG MENYAYANGI KITA. Peringatan buat diriku juga :) ~babylove~

Cinta hadir dalam bentuknya TERsendiri....

mengapa perlu menafikan pentingnya CINTA?
mengapa rasa terhina bila berbicara ttg CINTA?
selagi kita bernama MANUSIA,
cinta itu perlu ada.
CINTA HADIR DALAM BENTUKNYA YG TERSENDIRI...
Ia hadir dalam DIAM..
dan ia pergi bila telah ditetapkan ILAHI.
dan paling INDAH apabila CINTA ITU dijaga dgn penuh KEIKHLASAN..
dan yg direstui ILAHI.
Jangan biarkan CINTA  ITU  menguasai diri..
tapi kuasailah CINTA ITU   dgn cara yg TERSENDIRI...

~babylove~

Tuan hamba...

Tuan hamba...
tahukah semakin lama diri ini menjauhkan diri..
semakin kuat ingatan dihati..
Tuan hamba..
tahukah seberat mana ku tanggung luka ini?
luka yg kamu beri tempohari..
Tuan hamba...
tahukah sedalam mana rindu dihati?
rindu yg tidak pernah ku lepaskan
kerana bimbang akan mengganggu situasi BAHAGIAnya kamu?
Tuan hamba..
tahukah bagaimana air mata ini mengalir tanpa henti?
sejak kamu MENGELUARKAN KATA2 MENGGURIS HATI?
Tuan hamba...
tahukah bagaimana caranya ku belajar mencari KEKUATAN
setelah aku jatuh dalam LAUTAN DUKA?
ku kumpulkan segala kenangan cerita cinta kita dulu..
dan ku simpan dalam LIPATAN KISAH2 SEMALAM...
ku adukan SEGALA RESAH PADA YG ESA...
mohon diberi KEYAKINAN DAN KEKUATAN..
dan yg paling berat bila terpaksa ku berdoa AGAR DAPAT MELUPAKANMU...biarpun ku tahu ia adalah "sesuatu"
yg sukar utk ku lakukan....
Tuan hamba..
kini kita sudah semakin jauh dari pandangan dan hati...
bukan kerana tiada lagi cinta dihati ini...
tapi kerana DIRI INI TELAH MEMBAWA HATI...
HATI YG TERLALU SARAT DGN LUKA YG TUAN HAMBA "REMUKKAN"....

~babylove~

SOAL HATI .....

Ada kalanya ada yg berkata..
"berilah cinta pada yg mencintaimu..."
tapi tahukah bukan kita yg menentukan utk diberi cinta itu...
kerana rasa cinta itu
hadir tanpa kita sedar...
kita cinta tanpa "memperdulikan"
kekurangannya..
bagaimana hendak kita beri cinta pada yg tahu menghargai...
bila kita hanya menyedari
SETELAH DIA YG KITA CINTAI itu pergi
dan ketika itu hanya RASA BERSALAH BERMAIN DIHATI...
Bila bercakap SOAL HATI ..ADALAH SUKAR UTK KITA FAHAMI..
dan adalah lebih baik disimpan rasa cinta selagi tidak dapat melupakan SIDIA..
daripada menyerahkan CINTA pada yg menghargai
sedangkan dihati masih ada CINTA PADA SIDIA...
"PERCAYA PADA GERAK HATI TAPI TERIMA PADA KETENTUAN ILAHI"
~babylove~

mengapa masih ada dia....

Kadang kala hati ini tertanya
mengapa masih ada dia didlm hati?
mengapa begitu sukar melupakan?
mengapa dalam lena dia juga yg sering "mengganggu?"
sedangkan dia dan aku sudah jauh dan semakin jauh...
hingga memaksa aku menipu PERASAAN dgn mengatakan telah ku buang dia dari hidup ini...
didepan mereka aku tersenyum RIANG
tapi didalam hati aku menanggung kesakitan..
sakitnya perasaan ini bila tidak dapat melupakan DIA YG PERNAH BERTAHTA DIHATI...
sakit lagi hati ini  bila DIA YG PERNAH MEWARNAI HIDUP INI, DIA JUGA YG MEMADAMNYA.

~babylove~


Siapalah aku....

Siapalah aku utk kau cinta?
siapalah aku utk kau puja?
aku hanya wanita biasa yg banyak kurang dari lebihnya,
aku tidak punya KECANTIKKAN bak bidadari..
aku tidak punya KERAMAHAN berbicara ..
yg ada hanya SEKEPING HATI YG PERNAH TERLUKA..
terluka kerana SIDIA yg sudah lupa pada hamba...
KERANA ITU HAMBA TAKUT UTK MENERIMA CINTA...
apatah lagi diri ini banyak kekurangannya..
takut tak dapat berdiri sama tinggi
duduk tak sama rendahnya..
izinkan diri ini duduk dialam "ini"
cuba belajar menerima KEDUKAAN LALU
cuba belajar hentikan tangisan yg diberi oleh diaku dulu..
dan selebihnya..
aku berserah pada YG MAHA KUASA..
kerna DIA lebih tahu apa yg diri ini PERLU.
~babylove~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...