Aku hanya Insan biasa..

My photo
aku hanya insan biasa...tiada yg lebih tapi banyak yg kurangnya..menulis itu jiwaku.. aku menulis Dari hati ke hati..aku suka menyelami hati..mencari kekuatan dalam kelemahan..aku belajar memahami dgn setiap KETENTUAN ILAHI..dan setelahku temui dan ku sematkan dihati.."Bila kita tak bahagia skg tidak bermakna kita takkan RASA KEBAHAGIAAN ITU SAMPAI BILA2.. Sabar dgn dugaan, Tabah dgn penderitaan, Ikhlas dalam setiap perubahan, InsyaALLAH,"SAKIT" TU HILANG YG TINGGAL ADALAH HARI2 MENDATANG YG ALLAH SEDIAKAN DGN SEJUTA KELEBIHAN DARI DERITA YG PERNAH KITA TANGISKAN.

Friday, February 24, 2012

ku cuba melepaskan rindu yg syahdu..
dari terus mengikat pilu yg sering berlagu...
kala detik manis itu menatang rasa hati..
semakin perih ku rasakannya menghantui..
oh cinta betapa memedihkan bila ia menyiat2 kepercayaan yg diberi..
moga esok akan ku sedar telah ku kutip dan buang serpihan kenangan yg kau tinggalkan
dan harapanku agar dapat ku lupakan dari mengingatinya lagi....
~babylove~
jangan kata cinta itu membebankan...
cinta itu sebenarnya meringankan hatimu...
ia bisa menenangkan hati yg dalam kekusutan
yg membebankan itu adalah TANGGUNGJAWAP kamu yg tk kukuh terhadap CINTA.
~babylove~
bila aku kata aku masih cinta dan masih rindu
tidak bermakna aku ingin lagi bersama mu seperti dulu...
aku hanya melayan rasa hati ini sementara menanti RASA INI DIBAWA PERGI  OLEH ILAHI...
~babylove~
kepedihan itu seakan mendidih...
tapi terus bertahan kerana dilawan dgn kesabaran..
bila aku terus dipermainkan
aku cuba mengalihkan pandangan hati
agar jgn terus memikirkannya lagi..
sememangnya ia terlalu sukar utk ku tandingi...
~babylove~
Dari hati ke hati menulis mewakili hati mereka yg disakiti...
meluahkan apa yg dirasa mereka...
bersama bergandingan melawan rasa...
suka dan duka kita hadapi bersama...
dan aku menulis bukan kerana nama..
aku menulis kerana disini jiwaku menari didlmnya...
siapa aku?
aku hanya manusia biasa...
bukan milik sesiapa
tapi milik YG ESA..
tenangkan hati kalian membaca bersama
andai ada yg sama kisahnya itu adalah kebetulan semata
dan kita jadikan itu satu laluan utk kita menyeberangi lautan sepi disana..
ceria dan derita kita terima dgn terbuka..
Anggaplah aku sahabat kalian yg akan setia mendengar luahan kalian
membantu disaat kalian perlukan...
dan genngamlah persahabatan ini hingga akhirnya...
~babylove~
Tanamkam kasih sayang didalam hati
siramkan kepercayaan agar setiasa tenang sepanjang hari...
... taburkan keikhlasan pasti sentiasa merelakan dan meredhakan apa yg ditentukan ILAHI..
dan takkan pedih berpanjangan melekat dihati...

~babylove~
aku cinta kerana rasa yg diberi ILAHI
dan kerana itu aku akan setia dgn cinta ini..
kekurangan yg ada padamu tidak pernah ku ambil tahu..
malah aku senang dgn apa yg ada pada dirimu.
usah kau ragui kisah cinta kita...
... Aku tetap aku
cinta hatimu.
pertelingkahan adalah asam garam kehidupan
asal sahaja kita berpegang pada KEPERCAYAAN antara kita.

~babylove~
Rindu itu dtg lagi...
menyambut hembusan angin yg terkandung rindu darimu...
Terima kasih utk rindu ini..
akan ku simpan dan ku pupuk dlm menyemai kasih kita.
Percaya atau tidak
... aku sentiasa menanti kehadiran rindu darimu setiap hari...

~babylove~
cinta dan luka ada persamaannya...
cinta ADA RASA
luka ADA RASA
cinta SANGGUP BERTAHAN
luka SANGGUP BERTAHAN
... cinta dan luka
kaitannya sama cuma RASANYA lain.

~babylove~
Hari ini tak sama dgn kemarin..
kemarin indahnya cinta kita,ada tawa,
ada gurau senda dan duka kita abaikan sahaja.
Hari ini segala2nya bertukar menjadi hambar...
Sunyi tanpa ada tawa walaupun sekelumit..
... Esok?
aku harap aku dapat melupakan SEGALANYA.

~babylove~
Tidak ada kekuatan utk melawan PRASANGKA
tapi kekuatan itu akan ada andai kita BERSERAH PADA YG ESA.
Pekakkan telinga dari mendengar kata-kata menyakitkan hati.
Senyumlah berulangkali..
Agar KEKUATAN itu akan sebati didalam diri.

~babylove~
Aku sudah biasa bermandikan Air mata
dan LUKA itu sahabat akrab AIR MATA.
Biar seberapa TAJAM KATA2 PEDANG terhadap aku.
Aku tetap tenang...
Aku tidak pernah merasa diriku hebat
... cuma aku lebih suka BERDIAM DIRI
BERDIAM DIRI LEBIH ELOK DARI BERKATA2
KERANA KATA2 BISA MENINGGALKAN LUKA YG PALING DALAM.

~babylove~
Siapa kita?
Kita hanya manusia yg biasa...
tiada yg hebat pun kita kalau tiada KEJUJURAN.
Seberapa byk harta kita satu hari nanti kita akan tinggalkan juga kecuali
amal ibadat kita yg akan kita bawa utk dihitungkan.
... Kita dtg ke dunia ini dgn KOSONG tapi bila pulang nanti kita akan bawa BANYAK
Pastikan yg banyak itu PAHALA bukan DOSA.

Peringatan utk diriku juga

~babylove~
Sedalam mana cintaku padamu
Sedalam itu juga LUKA yg kurasa.

~babylove~
Resepi P J J (Perhubungan jarak jauh..)

1 bekas Cinta
97 Kepercayaan
1000 Doa
... 800 ayat2 kasih sayang
20 kata2 Rindu
dan...secubit curiga
secukup rasa cemburu....


Sekalikan dan simpan di dalam HATI.....:)

~babylove~
Menikmati kehidupan itu adalah lebih baik dari hanya sekadar memerhati kehidupan.
Jangan hanya inginkan keindahan dalam hidup tanpa mengusahakannya...
~babylove~
Aku bersabar demi cinta kita..
Aku bersabar demi ketulusan kita mengharungi bersama...
biar selautan Air mata mengalir
kasih sayang ini akan aku pertahankan.

~babylove~
Biar apa pun dikatakan diri ini...
aku tetap setia dgn mencintaimu
kerana aku menyayangi mu dalam setiap apa yg ada pada dirimu
setiap amarah yg ada itu
tidak pernah ku ambil kira
... kerana aku tahu kamu tidak sempurna
begitu juga aku
sikap cemburu yg terlalu itulah yg sering mengganggu
tapi bagaimana tiada rasa cemburu itu,
semuanya disebabkan cintaku yg berganda terhadapmu.

~babylove~
setelah apa yg terjadi...
ku akui
dirimu sudah jauh dari yg ku kenali
dulu kamu seorang yg tegas tapi masih lembut dalam berbicara.
sering memujuk hati ini bila ada rajuk dariku
... tapi kini semua itu sudah berbeza sekali
mungkin kerana rasa cinta itu sudah tiada lagi..

~babylove~
Begitu mudah kamu melupakan saat2 indah kita bersama...
kemanisan itu sekelip mata hilang begitu sahaja...
seperti biasa yg buruk tentulah aku
biarpun silapnya dari kamu
tapi utk apa aku bersuara lagi kalau rasa hina dan kejian utkku dtgnya dari kamu
... satu2nya insan yg aku sayang
satu2nya insan yg aku hormati
kemaafan sudah berulgkali ku beri utk mu
dan kesakitan juga berulangkali kamu beri utk ku.

~babylove~
Jangan berhenti dari mencintai....
hidup tanpa cinta ibarat
tiada gula dam minuman tiada garam dalam masakkan
Jangan takut melalui kekecewaan kerana percintaan tanpa sedikit rasa kecewa akan terasa hambar..
Sedikit kecewa akan membuat kita tabah sama ada kita meneruskan cinta itu atau pun mengakhiri...

~babylove~
Untuk apa kita turutkan kata marah?
Untuk apa kita menyalahkan antara satu sama lain?
Ya.mmg sakit hatikan bila hati kita disakiti tapi tahukah itu tandanya kita di uji ILAHI?Itu juga tanda kasihnya Allah pada kita...
Janganlah melaga2kan org yg sedang marah...
Andaikata ada yg menyakiti hati kita
... bykkan berselawat..bukan masing2 marah tidakkah ada rasa malu?
Sebesar mana pun kesalahan seseorang kita tidak berhak menghukum mereka...
Itu tugas Allah.kita sebagai hambaNYA belajarlah bersabar...
Walaupun kita ingin membela sahabat kita,adik kita atau kekasih kita mungkin juga suami atau isteri kita.
Perbetulkan keadaan dgn berdoa kepada ILAHI bukan saling salah menyalahi.
Kita diberi akal fikiran.
Bercakap biar berlandaskan fikiran bukan mengikut perasaan.
Mungkin Esok lusa kita dijemput ILAHI,kumpulkan pahala sebanyaknya.Hanya itu yg akan kita bawa KESANA.

~babylove~
hati ini kau lukai
hati ini kau sakiti..
hati ini tetap setia biarpun sering dimamah duka
kerana hati ini tak mampu melawan rasa cinta.

~babylove~
bukan aku ingin mengungkit
tapi inilah curahan hatiku
hidup bersama mu mmg indah
kerana kita mendirikan mahligai cinta ini tiada yg memaksa
semuanya kerna cinta
... dgn rela..
tapi janji tinggal janji
kau punah segala yg kita bina
segunung harapan ini kau campakkan begitu sahaja
mana dirimu yg dulu?mana janji manismu?

~babylove~
Kita sering terlupa
dalam lekanya kita
Kita sering mendengar
dalam ragunya kita
Kita sering tertanya
... dalam resahnya jiwa
dan akan terjawap segalanya
andai diberi jawapan meyakinkan
bukan jawapan yg merupakan
masih lagi suatu PERSOALAN.

~babylove~
Indahnya keharuman hari ini...
seakan mengiringi mekarnya cinta kita.
Semoga keindahannya akan berpanjangan hingga akhir usia.

~babylove~
Dengan siapa aku cinta
itu hanya aku dan Allah yg tahu...
tidak perlu utk ku katakan sedalam mana kasih sayangku..
tidak perlu ku sebut sebesar mana rinduku...
aku hanya perlu memanjat DOA pada ILAHI agar cinta kita diberkati..
... direstui dan akhirnya mengikat janji utk kita bawa ke Syurga nanti :)

~babylove~
Wanita mempunyai satu kelebihan yg paling UNIK sekali...
kata Arwah Ibu..
"Setiap Wanita didunia ini dapat merasakan bila pasangannya curang..RASA itu dapat dirasa oleh semua wanita diseluruh dunia"
Yg penting sentiasa bermohon pada yg ESA agar diberi kekuatan utk menghadapi segala kemungkinan.

~babylove~
Bila ada yg kata cinta itu menghayalkan...
itu kerana dia yg silap kerana membiarkan cinta melekakan dirinya
cinta hadir pada setiap insan,yg perlu memperindahkan cinta itu bukannya NAFSU
tapi IMAN dihati...
Cintai seseorang kerana Allah s.w.t
... Agar dia dapat membawa kita ke jalan yg benar.

~babylove~
Disaat aku ingin menjauhkan dirimu suatu ketika dulu
kamu marah dgn mengatakan aku berubah dgn sekelip mata
sebenarnya aku tidak pernah berubah
aku tetap seperti dulu...
cuma aku rasa kasih sayangmu tidak sekuat aku
... dan aku tidak kuat utk menghadapi hari2 dgn meneruskan cinta ini..
marahlah...bencilah padaku
seandainya ia dapat membuat dirimu bahagia..
Aku sudah biasa dgn keadaan itu.

~babylove~
Semalam kamu kata cinta...
Hari ini kamu kata ada yg silap dalam cinta kita.
dan esok aku yakin kamu akan kata CINTA KITA HANYA SIA2....

~babylove~
 
Setiap kata yg diluahkan semuanya punya maksud tersendiri...
dari rasa cinta,kasih,rindu,benci dan marah semua itu ada kalanya tersimpan utk sekian lama tapi jgn biarkan benci itu mengganggu PERASAANMU
Kerana BENCI adalah makanan utk yg keras hatinya.
Bersikaplah terbuka walau anda dihina
Anda tidak rugi apa2 malah perolehi pahala berganda..
... Diam lebih baik dari berbahas dgn insan yg tidak mahu terima kesilapannya.

~babylove~
Kita sama2 terluka
sama2 rasa sakitnya cinta
sama2 rasa peritnya ditinggalkan dia
sama2 terseksa jiwa kerana disentuh hati lalu dicampak begitu sahaja..
dan kita sama2 ingin merawat luka masing2..
... meyakinkan sesama kita walaupun pada hakikatnya kita sendiri masih merangkak
dalam mencari bahagia..
mungkin itu caranya kita diberi cara oleh yg ESA agar merawat luka
antara kita..
kata2 kau dan aku
menguatkan semangat dalam masa yg sama kita sdg MENYELAMI adakah cinta antara kita.
Mungkinkah ada atau masih takut jika terluka lagi..

~babylove~
Aku tidak mahu terleka dalam terlena dibuai cinta...
Sedarkan aku bila aku terlupa..
aku tidak mahu terluka lagi...
aku tidak mahu salahkan sesiapa dalam sakit cinta yg lalu kerna mungkin kesalahan itu dari aku
kerana menyerahkan cinta pada yg tidak sepatutnya..
... Hanya pada ILAHI ku bermohon agar indahnya cinta yg baru ini
takkan berhenti..
biarlah ia dibawa hingga ke SYURGA.
Dia begitu ISTIMEWA...

~babylove~
ku ukir nama mu yg selalu bermain dihati...
ku warnakan dgn kepercayaan
ku selitkan hiasan kasih sayang
ku pamerkan dalam setiap kerinduan....
dan kala merasa sepi
... ku amati ukiran yg telah tersemat ini..
ku rasai degupan seakan DIRIMU sama seperti ku..:)

~babylove~
Apa pun yg kau katakan ...
Apa juga yg kau hinakan ttg aku...
Terima kasih...sedikit pun aku tidak ada rasa marah
malah aku sentiasa mendoakan agar satu hari nanti ada kesedaran dalam dirimu...

~Babylove~
Sebenarnya tiada guna kita sesali
tiada guna kita punya rasa betapa silapnya kita
sesal dgn yg terjadi dan rasa silap memberi cinta pada yg tidak menghargai
itu bukanlah rasa yg patut ada...
yg patut kita tanamkan dihati adalah betapa beruntungnya kita kerna diberi kesedaran
... biarpun dalam kesedaran itu kita rasa sedikit kecewa..
Segala yg terjadi bukan mematahkan rasa dihati
tetapi ia mematangkan diri.
Yakinkan diri anda.

~babylove~
Jangan tanya khabar ku...
Aku baik2 sahaja malah semakin ceria
semuanya kerana bila ku tahu siapa kamu.
aku ada bila kau perlu...
dan aku dilupa bila kau sudah ada penggantiku.
... aku REDHA andai itu yg terbaik :)

~babylove~
Tiada niat walau sekelumit utk membenci...
cuma aku sudah berjauh hati..
menyayangimu adalah keindahan yg diberi...
melupakanmu terasa "kepahitannya" dalam kepedihan dihati.

~babylove~
Belajar menjadi kuat bila dalam kedukaan..
Belajar menjadi tabah bila ditimpa kesusahan...
Belajar menjadi sabar bila sering dipersendakan..
kita perlu banyak belajar bila hidup didunia..
tanpa "pelajaran" adalah sukar utk kita meneruskan kehidupan.

~babylove~
Manusia sering terlupa bila sudah temui bahagia...
walaupun dulu manusia pernah menderita..
kesimpulannya MANUSIA MMG MUDAH LUPA..

 ~babylove~
 
ku pilih utk mendiamkan diri bukan tandanya aku bersalah
tapi aku sudah tidak mahu mengingati KELUKAAN yg kau beri
walaupun diam itu mungkin EMAS
tapi adakalanya ia seakan "DURI YG KU TELAN."

 ~ babylove~
Cinta hadir pada mereka yg memerlukan..
pada mereka yg tahu erti kasih dan sayang..
walau tidak dapat disentuh..
tapi cinta itu dapat dirasa..tak perlu cari ia akan hadir tanpa disedari....
dan
... Cinta ada KEUNIKKANNYA tersendiri.

~babylove~
Rindu sering bertandang...
bertanya khabar dgn cara merindu..
membuat hati semakin berdebar selalu..
tidak mahu lagi dgn rindu ini...
entah mengapa kali ini rindu ini dtg dgn sebak didada...
... bermain dgn perasaan
mengundang air mata
segala kenangan telah terkubur
cuma rindu tidak jemu dtg biar berkali diusir...

~babylove~
sepi dipantai umpama sepi hati ini...
angin berlagu mengiringi hati yg sayu...
kenangan bersamanya yg sedang ku belajar utk melupakan
telah ku tanamkan segala keindahan itu..
tidak mahu menoleh lagi
... aku mungkin lemah tapi aku tegas dalam membentuk KEYAKINAN
sekali aku dihina selamanya aku terasa
tiada dendam yg ku simpan cuma tiada kekuatan utk meneruskan.

~ babylove~
Aku tidak sehebat mana..
aku juga tidak sekuat yg kau sangka
tapi kerana satu yg TERLUAH buat aku jadi tabah.
tidak mahu menangis lagi
biarpun suatu ketika dulu Air mata sudah sebati dgn diri ini...
... biarpun hatiku sakit dan pedih yg teramat
aku cuba utk menjadi kuat
akan ku bina semangat yg telah kau punahkan
tanpa ragu tanpa sedikit rasa amarah
kerna ku tahu semangat yg hilang itu telah digantikan dgn semangat yg berganda
yg sukar utk ku jumpa tapi akhirnya
SEMANGAT BARU INI MENGHIDUPKAN HATI DAN JIWAKU
dimana suatu ketika dulu semangatku adalah kamu yg telah ku matikan bila hatiku kau guris dgn terlalu...

~babylove~
Sayang...percaya padaku
takkan ku percaya kata2 mereka
ku tahu jujur hatimu...
ku tahu ada ikhlas dalam mencintaiku
ku tahu dihatimu ada kata yg sentiasa memberi kata semangat utk ku
... ku tahu walau dirimu tidak berharta tapi budi bahasa mu itulah harta yg termahal
pada pandanganku..
dgn pegangan agama yg tegas membuat aku terpaut hati...
biarkan kata hinaan mereka
cinta kita hanya kita yg rasa
tak perlu takut tak perlu curiga..
aku pencinta setia...
bukan harta atau rupa yg ku sandarkan
tapi kebahagiaan yg beralaskan IMAN DAN TQWA
itu yg ku cari dan itu yg aku nanti2kan selama ini

~babylove~
Jangan salahkan sesiapa andai perpisahan terjadi...
walaupun kesalahan itu mmg ada
cukup sekadar menerima segala ketentuan ILAHI...
bukan bermakna kita lemah tapi percayalah ada hikmah disebalik perpisahan itu..
Mmg sakit rasanya perpisahan tapi lagi sakit andai kita terus menyakiti antara satu sama lain...
... Hormati perpisahan bukan mengaibkan sesama INSAN.
hidup ini hanya pinjaman,esok lusa kita pasti dijemput Tuhan
bersakit didunia tapi bersenang di akhirat

Peringatan buat diri ku juga :)

~babylove~
Hargai cinta bila telah sentuh hatinya...
Jangan mempermainkan rasa yg ada...
Cinta itu indah jgn dipunahkan keindahan dgn kata2 yg tidak meyakinkan
Cinta tidak perlu kata janji cukup dgn KEJUJURAN utk menjadikan ia satu ikatan yg halal.
Cinta tidak perlu harta cukup dgn KESETIAAN agar KEPERCAYAAN ITU SENTIASA ADA.

~babylove~
"mencintaimu seakan aku mengenggam BARA API"

~babylove~
Adakalanya aku tertanya mengapa hatimu secepat ini berubah...
dimana silapku..
sedangkan kau tahu betapa aku selalu menjaga hatimu
walau aku sering kau persendakan
aku masih tetap bersabar..
... semuanya kerana cinta ini...
yg merubah aku dari seorang yg keras hati akhirnya menjadi lembut hanya kerana keikhlasan hati mencintaimu...

~babylove~
Kata Arwah Ibu...
"Jangan diharap lelaki yg tampan rupanya tanpa tiada didikan Agama dalam jiwanya..biar rupanya tak setampan mana tapi kaya dgn pengetahuan agama
kerana dgn patuhnya agama dia ada segalanya didalam jiwa ,Insya'ALLAH takkan dipermainkan hatimu malah akan dia jaga dgn sebaiknya"

~babylove~
Kali pertama aku dilukai dgn begitu hebatnya
sehingga air mata sudah tiada lagi..
namun aku tidak pernah menyalahi apa yg menimpa
kerna ku tahu sehebat mana kau lukakan aku
Allah sentiasa ada menemaniku dan aku pasti itu bila kini telah ku temui cinta yg baru :)

~babylove~
disaat kau gembira..
tak dinafikan aku sdg berduka
bukan kerana cemburu kegembiraanmu
tapi kerana tidak ku sangka DIAKU YG DULU BERUBAH LAKU
bila kata sudah tidak semesra dulu
... bila gurauan bertukar menjadi kemarahan
semuanya tidak seindah dulu
sungguhpun begitu nama mu masih dalam setiap DOAku
kebencian takkan ku tanamkan
tapi utk menjalinkan PERSAHABATAN tidak dpt ku teruskan...

~babylove~
Mengapa hati ini degil?
kerana kasih yg menebal...
Mengapa masih ada rindu?
kerana cinta tk kenal siapa..
Mengapa masih dia didlm hatiku?
... kerana tiada ruang utk "benci" menginap dihati..

~babylove~
dalam gelapnya malam ni
aku masih "bertanya" sampai bila harus ada kamu dalam fikiran ini..
dalam keredhaan melepaskanmu masih ada sisia rindu
dalam mencari penyelesaian masih tetap ia mengganggu
sedangkan luka yg kau beri benar2 meragut segala yg ada dlm hatiku..
... tidak mahu memikirkan dirimu tapi hati masih menyimpan namamu
tidak mahu ku benci kerna suatu ketika kau pernah bertahta dihati...
Apa daya ku hanya menunggu ia beransur pergi sedikit demi sedikit kerna tak berdaya membuang terus dari hati............

~babylove~
Ada dia

dihatiku

Ada cahaya
...
adanya kamu

Ada bicara

manis berkata

Ada dia

setiap langkahku

Ada airmataku

dlm nafasmu

Ada keluhmu

ada resahku

Ada kamu

ada aku.......walau jauh sematkan cintaku dihatimu.

~babylove~
jgn dibuang rasa rindu itu...
walaupun tiada cinta yg tinggal lagi...
telah ku lorekkan satu garisan dihatimu bahawa cinta ini bukan cinta yg manis dlm berpuisi..tapi lahir dari hati.
tiada kepercayaan darimu membuat hati ini terguris lagi...
kerna ku tak tahu bagaimana lagi harus ku persembahkan cinta ini....
... apabila kasihku kau ragui....

~babylove~
Ada cinta yg terluka...
Ada cinta yg bahagia...
Ada cinta yg sengketa..
Ada cinta yg keindahannya tak terkata..

... namun dgn manis berbicara ..
ku temui ada pahit didalamnya..
tapi kerana CINTA dilupakan sahaja
Setianya Cinta kerana percaya..
dan ku percaya walau kau jauh disana..

Dalam kekalutan Jiwa yg cuba bersenda..
ku harap kejujuranmu kekal selamanya..
tiada dua dihatimu,hanya aku sahaja..
itulah CINTA yg semakin marak api cintanya..
ku hanya ingin kau tahu....

Kasihku abadi selamanya

~babylove~
keikhlasan dicalari..
kepercayaan didustai..
kesetiaan dicurangi..
tiada ruang utk memahami
tiada ruang utk mendekati..
... carikkan mimpi ngeri menghantui..
bekasan cinta itu ada lagi..
apa lagi yg tinggal utk sekeping hati?
hanya sebak didada yg terus melekat dihati..
ragut segala yg ada...
yg terjadi sudah terjadi..
jgn takut mengakui..
hingga sanggup dihina begitu sekali
hati tk pandai berdusta..
tanya sama hati..
harga CINTAMU padaku..
ku tahu sedari dulu lagi...dan yakin kau tahu itu semua sebelum aku.


~babylove~
Rasa kasih masih bertatih

Rasa rindu masih berlagu

Rasa cinta tetap bersatu
...
kau dan aku masih seperti dulu

bila hatiku bermadah sayang

rindukan dirimu yg tak kunjung datang..

tapi aku tetap menanti dengan tenang

kerana ku tahu aku yang kau sayang

walau mulutmu tak mengucapkan

tapi hatimu dan hatiku sudah menyatakan..

~babylove~

bukan salahnya cinta....

Sakitnya hati kerana cinta..tapi bukan salahnya cinta ..yg salah adalah kita ,yg tak tahu menghargai cinta..

Bencinya hati kerana cinta..tapi bukan salahnya cinta..yg salah adalah kita kerana sering bermain dgn kata2 dusta.

Kecewanya hati kerana cinta ..tapi bukan salahnya cinta..yg salah adalah kita kerana tak cukup kuat utk mengharungi cinta.
...
Rajuknya hati kerana cinta..tapi bukan salahnya cinta..yg salah adalah kita kerana sering cemburu tak tentu hala...

Tiada kepercayaan kerana cinta..tapi bukan salahnya cinta..yg salah adalah kita kerana tidak percaya terhadap insan yg kita cinta...

CINTA tak tahu apa2...yg ia tahu..dlm cinta ada Hati,perasaan kasih sayang dan rindu...dan jangan membenci cinta kerana kesilapan kita.

~babylove~
Bila cinta itu hadir...aku tak pasti

yg aku rasa ketika itu hati aku hanya mengingatinya...

dan aku jadi lemah andaikata tiada berita darinya...
...
pada mulanya aku fikir hanya mainan perasaan...

tapi apakah iainya mainan perasaan andai kita sering memikirkan dia?

jantung berdegup kencang pabila melihat potretnya?

kadangkala aku jadi takut seandainya satu hari nanti perasaan ini hilang...

kerana aku cukup menyintai dia...

Ya Allah Ya tuhanku...jangan pisahkan kami..

tak dapat ku bayangkan seandainya dia tiada dihati ini...

tidak pernah ku menyangka tidak pernah ku menduga dia yg menjadi pilihan hati..

aku tak sekuat mentari dan tak sesejuk embun pagi tapi hati ini telah dikuasai oleh cintamu dgn begitu unik sekali...

hari , esok dan seterusnya aku tak berani berkata apa kerana kita bisa merancang tapi tuhan yg menentukan ...

apa yg dapat ku lakukan ..kuatkan hati kuatkan cinta ini dan pastikan hatimu duduk diam dihatiku....


~babylove~
9 june 2011
Rasa ini semakin dalam...

terlalu dalam..

semakin cinta yg teramat cinta...hingga tidak tahu nak ku katakan seperti apa..
...
walau didalam hati sudah lama ku letak namamu..

dan takkan ku benarkan sesiapa pun menyentuhnya selain kamu..

kamu adalah sesuatu RASA yg ku rasa tika dan saat ini ..

ada getaran tiap kali menyebut namamu..

ada hembusan yg begitu dingin meresap ke dada bila RINDU padamu dtg menyapa.

ketahuilah..aku cuma ada jutaan kasih sayang utkmu yg ku tanam dgn tanah cinta,

ku siram dgn air haruman bunga kasih..

dan ku baja dgn keseluruhan kepercayaan dan kesetiaan ku padamu...

hingga kini aku hanya memetik

bunga-bunga cinta dan akan ku berikan padamu

buat teman kala dirimu beradu..

agar kau tahu betapa hebatnya cintaku padamu..


~babylove~

cuba...

cuba letak dirimu ditempatku...
dan cuba kamu rasa KEPEDIHAN ITU..
cuba letak dirimu ditempatku...
dan cuba kamu rasa PENGHINAAN ITU..BILA KATA2 HINA ITU DARIKU?
cuba letak dirimu ditempatku...
... dan cuba kamu rasa betapa pedihnya hati bila DIPERLAKU BEGITU..
tapi ku tahu kini kau bukan DIAKU YG DULU...
terlalu jauh dan teramat jauh sekali PERUBAHAN YG BERLAKU..
tapi AKU REDHA DGN KETENTUAN TUHAN KERANA MENGEJUTKAN AKU
SEBELUM AKU DILUKA DGN LEBIH MENDALAM LAGI.

~babylove~
kadang kala bukan kita tidak terima PERPISAHAN ITU...
cuma kita terkilan cara berlakunya PERPISAHAN ITU.

~babylove~
Aku terima segala yg ditakdirkan...
cuma sesekali rindu itu dtg lagi...
menjenguk hati yg MEMBEKU INI..
dan rindu itu bertanya pada hati
"Apakah masih ada rindu buat aku"
... dan jawap hatiku
"mana mungkin namamu ku buang kerna sudah melekat dihati walaupun kita tidak dapat bersama lagi ia tetap kekal disini"

~babylove~
sesuatu yg tak dapat kita bayangkan...
seringkali sesuatu itulah yg terjadi...
bila dia yg kita sayang
sudah semakin menjauhkan hati..
kadang hati tertanya
... ada apa dihatinya?
mengapa berubah dgn sekelip mata?
silap dia atau kita yg silap kerana memilih dia...

~babylove~
Bila hati sudah sayang...
segalanya ku terima dgn tenang..
ku sanggup melupakan kesilapan demi kesilapan yg kau "kirimkan"
kerana aku ingin memberi perhubungan kita PELUANG tapi
bila tiada kesungguhan itu dari mu
... ada baiknya ku pergi ...memberi ruang pada diri sendiri
apakah harus terus melupakan kesilapan yg berulang atau
memberi hati ini merasa TENANG tanpa merasai akan wujudnya kesilapan itu lagi.

~babylove~
Ada hari itu yg masih ku kenang...
Ada hari itu yg masih ingin ku lupakan...
kerana hari itulah buat aku rasa terhina disepanjang usia..
bila dirimu sudah jauh dari yg ku kenal dulu...
mengeluarkan kata bila salahnya bukan dari aku..

~babylove~

Buat diaku...


Buat diaku...
tahukah betapa "kuat" harus aku hadapi hari2 tanpamu
menganyam rindu tanpa kau tahu...
membenamkan perasaan utk terus mencintai..
hanya kerna kata2 mu yg cukup mengguris hati...
... tahu atau tidak
hati ini masih sayang tapi tak bisa utk teruskan RASA ITU..
mungkin hati ini menjadi keras
tapi sekeras2 hati ini...
masih tk sanggup mengeluarkan kata2 yg bisa melukakan hati sesiapa apalagi terhadap kamu...

~babylove~

Utk mereka yg terluka hatinya...

Utk mereka yg terluka hatinya...
tidak usah ditangiskan bila dia yg kamu sayang tidak mengiyakan RASA CINTA YG ADA..
tidak usah kamu terus tinggal dalam RUANG HATI YG KECEWA.
tidak usah dipersoalkan MENGAPA TIADA JODOH BUAT KAMU DAN DIA
percayalah bila saat Allah menetapkan bahawa JODOH KAMU BUKAN DGNNYA
... bersyukurlah.
Sememangnya Allah s.w.t akan MEMBERI KAMU SESEORANG YG LEBIH HEBAT DARI DIA.
Dari itu hentikanlah RASA KECEWA MU DAN BERTERIMA KASIHLAH PADA ALLAH KERANA SELALU MELINDUNGIMU..sentiasalah ingat..
Hanya Allah s.w.t tahu apa yg terbaik buat kita...

~babylove~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...